Friday, November 12, 2010
ujian dan cabaran ~
Tuesday, June 15, 2010
renungan buat yang tersayang
Saturday, June 12, 2010
warkah untuk diriku...
Assalamualaikum..
Buat tatapan diriku yang lemah lagi hina..
Hari ini 12jun2010.sudah beberapa tahun berlalu.semalam membantu kakak khirrijah mengemas barang,ku temui kembali buku yang disangka telah hilang lama dulu..hati gembira.
Lama menatap buku,lantas membuka helaian demi helaian.di helaian paling depan tertulis :
Assalamualaikum kepada diriku..
Dah hampir 3bulan berlalu..aku masih tidak jumpa kekuatan itu..
tapi,Alhamdulillah,aku cuba melawan perasaanku sedikit demi sedikit…
tapi kenangan itu itu sering menghantui mindaku,menyebabkan aku kadang-kadang tidak dapat mengawal diri..
aku hanyut jua…
sedih,
aku derita dan sengsara dengan semua ini..
ku mohon padaNya,tapi aku tetap tidak istiqomah..
mungkin kerana aku tidak kuat dan tidak yakin pada kemampuan diri..
aku tertanya-tanya pada diri dan pada alam,
ramaikah manusia sepertiku????
Aku sedih dengan kenyataan itu..
Diriku ternoda dengan dunia..
Jika ramai sepertiku,siapakah yang betul-betul kuat dan mantap imannya???
Ya Allah..
Sungguh hebat Kau uji kami..leka dengan duniaMu..
Terlalu sedikit yang menjaga keimanan,
Menjaga hati daripada terpaut pada dunia…
Aku ingin kembali…
Aku ingin kembali…
Lama termenung,aku kembali fokus pada kerja yang tertinggal.kembali membalut kotak kargo.
Fikiran melayang-layang.ku ambil kembali buku tadi.membaca lagi.
Di helaian belakang,tertulis :
Assalamualaikum kepada diriku yang hina…
Hari ini aku berdiri sebagai qo’id,
Lantas perubahan apakah yang telah aku lakukan untuk diriku yang hina dina ini??
Kemantapan iman dan ukhuwwah yang ku cari menjengah selang seli..
Tapi aku tetap tidak istiqomah.
Sampai tahap ini tak kanlah aku ingin terus dalam kegelapan dan kemurungan dengan dosa dan noda yang sering meninjau-ninjau hati dan pemikiran..
Ya Allah…
Bantulah hamba lemah ini…
Lemah jiwaku mengenang dosa lalu..
Terlalu kelam hati ini…
Istiqomahkan diriku dalam melakukan ibadah-ibadah dan kebaikan berterusan..
Kuatkan diriku dengan qiamullail..
Kuatkan hatiku dengan cinta dan redhoMu..
Amin ya Rabb..
Aku menarik nafas dalam-dalam..ingin menangis, tapi di kawal perasaan agar tidak terlihat oleh teman-teman di sisi..
Lantas hari ini aku terus berdiri.aku Berjaya memecahkan kenangan semalam.menghalang alirannya agar tidak terus turut serta dalam memori hidupku yang mendatang.
Ia sungguh pahit sekali.
Mengintai bahagia diri dalam perjuangan.
Ya,aku sudah mewakafkan diri pada jalan ini.lantas masih tegarkah aku merasa letih dan putus asa??hamba ini sangat lemah sekali..
Semalam ku rayu pada teman seperjuangan agar aku diberi sebarang dua ruang untuk melepaskan lelah,mengumpul semangat,memperbaiki langkah..setelah dipertimbangkan,temanku benarkan aku berehat seketika..ya,mencari diri.
Tapi…..
Seketika aku terfikir. Layakkah aku memohon kerehatan dalam perjuangan?hebat sangatkah khidmat yang ku persembahkan dalam perjuangan ini?
Tuhan,aku hamba hina dina….menangis merayu padaMu…tunjukkan aku jalan. Suluhkan lorong-lorong hidayahMu..
Seketika berlari,seketika melangkah longlai..sekejap melutut,sebentar lagi jatuh terduduk..
Tapi perjalananku masih jauh, masih belum nampak penghujungnya..terlalu jauh..
Aku bangun kembali…
Duri-duri terpaksa ku hadapi, menusuk dalam ke hati..aku redha
Hatiku dibolak-balikkan…tapi aku tetapkan ia dengan munajat padaMu..
Ranting-ranting serta kemuncup terpaksa ku redahi…kuatkan aku…
Kuatkan hatiku..cintaku untukMu..
Hatiku tidak tegar untuk dibuai rasa yang aku tidak pasti..
Lantas, bantu aku..keluar dari kemelut diri..
Bantu aku….
Sunday, May 16, 2010
secebis rasa~
Saturday, April 3, 2010
indahnya berukhuwwah

Hari-hari minggu begini,kekadang bosan bilamana tiada program atau kerja-kerja yang menuntut untuk diselesaikan.tapi terlupa pula pada fatrah peperiksaan yang sedang dilalui..huhu.bab study je saya terus jadi malas,teruk betul..lebih rela sibukkan diri dengan mencari-cari kerja atau memasak untuk teman-teman.
Semalam kami mengadakan forum fiqhunnisa’.sangat seronok dan menarik kerana hanya kaum hawa sahaja yang terlibat.dan kami tidak lagi segan silu untuk bertanya dan berkongsi idea dan pendapat.segala permasalahan yang berkaitan dengan wanita dibangkitkan,namun masa begitu cemburu dengan kami.masa yang diperuntukkan tidak cukup juga untuk perbincangan seterusnya..tapi kami bersyukur dapat meneroka permasalahan diri sendiri.alhamdulillah..
Selesai program,kami menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.walaupun tiada air di asrama,kami tetap dibantu oleh kaum adam untuk memasak.biasanya masakan lelaki lagi power dari wanita.tapi tidak semua ya…ooppss
‘terima kasih tau jemput saya jadi panel.seronok la program macam ni..nanti kalau perlukan pape pertolongan lagi,saya boleh je.insya Allah..’
‘terima kasih juga sudi berkongsi ilmu..alhamdulillah kalau sudah sudi begitu,akak amat mengalu-alukan kedatangan kalian semua..hehe’
Saya gembira bila adik-adik dan teman-teman mendapat manfaat yang banyak daripada program anjuran unit dakwah itu.walaupun tidak semua yang hadir,mungkin yang lain punya komitmen yang lebih utama..terlintas di hati untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang lebih banyak bersama kaum hawa sahaja,moga-moga tautan hati antara kami makin kuat dan hangat di jiwa.
Kalau dulu saya berjaya menghasilkan diari persatuan atas tujua
n untuk menyatukan hati-hati kami.saya dan beberapa teman bertungkus-lumus menjayakan juga diari itu walaupun lewat sehari pengedarannya pada semua teman-teman,pantang ada masa terluang kami segera mencurahkan idea.impian dan harapan yang besar saya letakkan pada penghasilan diari itu.bermula dengan menyelitkan maklumat utama persatuan,kata-kata penguat juga doa rabitah hati..dan yang paling utama yang lebih saya fokuskan adalah tarikh lahir semua ahli..
Diantara kami ada yang sangat mengenali satu sama lain,ada juga diantara kami yang hanya mengtahui nama dan tempat tinggal sahaja.bahkan ada juga yang tidak mengenali satu sama lain hatta walau kelompok kami tidaklah ramai di sini.kalau dulu dalam lingkungan 150orang sahaja.sekarang sudah berubah kepada angka 200lebih.alhamdulillah..
Pada saya kenapa perlu difokuskan pada tarikh lahir kerana utamanya disitu untuk mengeratkan hubungan antara kami.mana mungkin kita bersahabat tetapi tidak mengambil tahu tarikh keramat sahabat..disitulah antara penghargaan utama dalam bersahabat.walaupun kita mungkin tidak terlalu rapat dengannya,paling kurang kita turut sama mengucapkan selamat pada tarikh keramat itu.itulah salah satu cara untuk merapatkan hati-hati ini..
Saya tidak nafikan saya juga careless dalam perkara ini.kerana terlalu sibuk,saya terlupa pada tarikh lahir teman di sisi.segera memohon maaf bila sudah teringat.apatah lagi teman lama,yang kadang-kadang dapat dihubungi,dan kadang-kadang lost contact terus.tapi sebahagian daripada mereka saya masih ingat tarikh lahirnya..alhamdulillah
Itu diari sesi sebelum ini,sesi ini impian saya tidak kesampaian.sedih juga bila memikirkan,tapi saya yakin ada hikmah tersembunyi disebaliknya..insyaAllah.kalau diberi kesempatan,saya ingin laksanakan juga impian ini sebelum kaki melangkah pulang ke tanah air.mungkin juga Tuhan berikan saya peluang untuk membuat persiapan yang lebih tersusun lagi..amin
UKHUWWAH, UKHUWWAH, UKHUWWAH
Pelbagai pendapat tentang ukhuwwah ini..ada yang menyatakan ukhuwwah akan terjalin bila kita ikhlas dalam bersahabat.ada juga yang menyatakan ukhuwwah akan lebih akrab bila kita sentiasa husnudzon dengan sahabat.ada juga yang berkata,teman yang baik adalah orang yang terima kita apa adanya..
Dan saya pula berpendapat,ukhuwwah akan jadi berkat dan dilimpahi rahmat bila kita terima sahabat seadanya dia,menegur bila tersalah,membantu bila susah,gembira bila senang hati,ceria dan duka bersama..saling ingat mengingatkan dan sering mengajak kearah kebaikan.usah meletakkan rasa hati atau terasa itu di depan,kelak hubungan akan jadi renggang.mana ada orang yang sempurna yang tidak akan melakukan kesilapan dan terhindar dari kelemahan dan kekurangan..
Abi saya pernah berpesan pada kami teman sekelas ketika masih menuntut di malaysia dahulu;
“amalkan sifat meminta maaf biarpun kita tidak salah..kerana bila kita dah biasakan kita dengan meminta maaf,orang yang buat salah dengan kita pun mudah untuk meminta maaf.kesannya,hubungan bertambah erat..insyaAllah”
Saya percaya dan yakin dengan kata-kata itu.walaupun dipandang remeh sesetengah orang,tapi ada hikmah yang besar disebaliknya..
Imam Ghazali juga telah menggariskan beberapa perkara dalam persaudaraan Islam di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, antaranya;
1- Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah.
Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”
2- Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.
3- Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.
4- Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik.
Saidina Umar pernah berkata:
“tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang;
iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam,
yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis,
dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.
5- Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.
6- Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.
7- Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.
8- Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.
Sungguh rumit dalam menilai erti bersahabat.yang pasti,siapa yang bersahabat akan merasa manis dan indahnya ukhuwwah itu..pahitnya segera hilang bila hati sudah tenang.manusia pada fitrahnya ada rasa marah,Cuma kitalah yang perlu mengawal dan menghilangkannya dengan segera..usah marah lama-lama,kelak kita sendiri yang rugi.
Bila berjauhan daripada keluarga ini,teman-teman di sisilah keluarga kami.merekalah tempat bermanja bergurau senda,mereka jugalah tempat mengadu domba,meluahkan rasa bila menghadapi masalah..berkongsi rahsia dan cerita..teman yang baik pasti mengingatkan kami dengan kalam Tuhan.tidak memburukkan lagi keadaan dengan tokok tambah yang merosakkan suasana..
Terima kasih Tuhan atas nikmat bersahabat kurniaan-MU ini..
KHULASOH
Teman-teman, saya mohon maaf dengan kalian. Diri ini amat lemah dalam menghargai tautan ukhuwwah yang dihulurkan, juga amat hina dan teruk untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk kalian letakkan dalam bingkai hati..maaf teman atas kalamku yang sering menyakitkan, atas gurauan yang sering buat kalian terasa..atas amarah yang bertandang tanpa diundang, maaf teman….
Ya Allah..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
bersatu memikul beban dakwah-Mu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya…
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya.
Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu…
jika Engkau mentaqdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini..
Tuesday, March 30, 2010
menangislah bila perlu..
“dia tolak..tapi tak ape,aku redho menerima”
Kata seorang teman saya.saya kagum dengan ketabahannya.tiba-tiba dia memeluk erat saya..menangis tersedu-sedu.sekuat-kuat dirinya,tetap perlu melepaskan rasa yang menimpa diri..
“kau da kuat selama ni,jangan mengalah bila sampai saat camni.mungkin sekali dia tidak selayaknya untukmu.Dia sudah mengaturkan jodoh yang terbaik buatmu…jangan sedih ya!”
“bagus juga Tuhan memberikan petunjuk padamu saat ini, lebih baik bukan daripada kau terlanjur mencintai dirinya?betapa Tuhan menjaga dirimu teman..jangan putus asa dengan kasih sayangNya!!”
“saat ini ketika melihat apa yang menimpa dirimu,aku makin yakin untuk meluahkan betapa perlu kita mencari seorang yang FAHAM untuk dijadikan teman hidup..sekarang kau dah boleh bezakan apa itu FAHAM apa itu FIKRAH bukan?bersyukurlah dengan tarbiyyah tidak langsung dariNya ini…”
Saya tersenyum memandangnya.dia mengangkat muka melihat saya.matanya berkaca-kaca..
“masih ingat bukan aku pernah kata Tuhan telah memakbulkan 2/3 doaku? Mungkin juga 1/3 lagi Tuhan memakbulkan dengan cara yang lain..”
“ya!pasti ku ingat..mana mungkin aku lupa!aku sangat kagum dengan kekuatan yang kau miliki.sampai saat ini tetap mampu berdiri..tidak seperti aku yang dulunya pernah sekali hampir futhur dari jalan ini..”
“sampai ketika ini,baru ku kenali dirinya yang sebenar..ya,aku faham sekarang.FIKRAH itu penting..tapi FAHAM lagi aula dari segalanya.seorang kawan arab pernah katakan padaku,
‘awak pentingkan fikrah bukan?awak tahu,suami kakak saya bukan seorang yang miliki FIKRAH,tapi dia FAHAM agama.hatta walau musim sejuk,dia tetap mulazamah bangun qiam’
Sekarang aku faham kenapa dia kata begitu padaku..”
“nah,jelas bukan? FIKRAH penting..tapi kalau mujarrad FIKRAH semata,tetap tidak mencapai matlamatnya..kerana itu kalau ikut susunan rukun baiah pun, FAHAM diantara yang utama bukan?”
Dia tersenyum sambil mengangguk-angguk..sambil menghela nafas,dia berjalan..saya turut menyertainya.kami berbual-bual lagi sambil saya terus meletakkan tangan diatas bahunya..moga-moga dia tidak rasa bersendirian menghadapi kesulitan itu.
“moga Tuhan temukan kita dengan jodoh yang faham..ah,dia itu sangat baik.tapi mungkin dia masih belum mencapai kematangan dalam kehidupan..”
“betul,betul,betul..ramai yang baik,jangan lupa itu. Susah bukan mencari teman yang punya 3 ciri itu (FAHAM,FIKRAH & BAIK)”
Sampai di depan biliknya,dia memandang saya..sekali lagi memeluk erat.menangis teresak-esak..kemudian mengangkat muka dan mengelap air jernih yang mengalir di pipi..
“ah,memalukan je menangis kerana lelaki!!”
Dia menjerit memarahi diri..terus memandang pemandangan luas terbentang.
“kalau nak menangis teruskan.jangan malu.itu sudah fitrah,Tuhan jadikan kita makhluk yang berpasangan.mana mungkin kita lawan fitrah..bukan begitu??”
Saya memandangnya dengan senyuman sambil memegang erat dia.dia tersenyum.tawar.wajahnya tiada seri saat itu..namun masih terserlah jiwa yang tenang seperti selalu..
“sudahlah..usah difikirkan lagi ya.sibukkan dirimu dengan gerak kerja yang banyak menantimu.itu salah satu cara untuk kau lupakan semua ini.Tuhan sudah mengaturkan yang terbaik.kerana itu Dia tidak benarkan kau lakukan kesilapan walau sedikit dalam perkara ini..yakinlah!”
Dia tersenyum.
“ya!aku takkan fikir,Cuma kadang-kadang ia datang menyerabutkan fikiran.terima kasih ya!!”
Dia berlalu pergi.dan saya melangkah pulang ke bilik sambil hati memuji-muji Tuhan Yang Esa.
Macam-macam ragam manusia.Tuhan jadikan semuanya pelbagai agar kita semua saling lengkap melengkapi.saya mula rajin untuk meninjau-ninjau pandangan individu dalam laman web,mungkin juga blog,facebook dan sebagainya.ahh,dunia dihujung jari!!
Diam-diam saya cuba belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka yang berbeza pandangan dan cara hidup.sukar sekali.kadang-kadang bila berkhilaf pendapat amarah menguasai diri.hasilnya saya mengutuk-ngutuk diri sendiri tidak kuat mengawal situasi.oleh itu,saya mengambil jalan mudah,diam dan cuba menyelami.walaupun mgkn kelihatan tidak punya idea,tidak mengapa.saya masih dalam situasi mempelajari semua ini.seakan-akannya saya baru dilahirkan tanpa mempunyai apa-apa jua kemampuan!
Begitu juga dalam gerak kerja.alhamdulillah saya punya teman-teman yang tidal lokek untuk membantu.mana yang kurang sama-sama ditampung,apa yang tidak sempat ramai yang menawarkan diri untuk menyiapkan.bila jatuh semua datang memberi tasyjie’.tidak sempat bertemu muka,sms pengganti diri.kadang-kadang saya menangis sendirian tiap kali masalah menimpa diri dan teman-teman tidak putus-putus member kekuatan.Tuhan amat sayangkan saya,Dia tidak tinggalkan saya sendirian dan merasa berputus asa..
Bahkan begitu saya tidak nafikan,semangat manusia ada pasang surutnya.saya tidak boleh bergantung dengan teman-teman sepenuhnya.saya perlu sandarkan harapan padaNya yang lebih utama.saya bersyukur dengan bunga-bunga ukhuwwah ini walau di dahannya ada duri .tapi harumnya mawar melupakan diri pada tajamnya duri.tiap kali mengembang,saya seolah-seolah tidak merasa lagi sulit dan sakitnya terkena duri.
Namun,saya mohon maaf pada teman-teman di sisi.diri ini tidaklah begitu sempurna.ada kalam yang menikam sukma,ada tingkah yang menyentak jiwa,ada kesan yang berbekas di hati..
Moga-moga saya diberi kesempatan untuk memperbaiki diri hari demi hari.letih menangis di tengahan malam,namun masih tidak jemu.hasilnya Tuhan saja yang tahu.
' kawan..
apalah yang kau kesalkan...
kerna Tuhan kau kehilangan kawan..
apalah yang nak disedihkan hati..'
Saturday, March 27, 2010
saya masih keliru
Memerhatikan sahabat-sahabat di sekeliling membuatkan saya makin terbuka dalam menilai suasana dan situasi-situasi kita yang pastinya berbeza sama sekali..terutama berkaitan jodoh.saya amat-amat keliru.rasanya sudah terlalu banyak perbincangan tentang jodoh bersama sahabat-sahabat,namun saya masih buntu dalam menilainya dengan sempurna..akhirnya saya memutuskan untuk meluahkannya melalui penulisan ini.
“nti tahu,setelah bertahun-tahun ana memendam perasaan sampai tak keruan hidup ana jadinya, ana mohon petunjukNya agar ana diberi kekuatan dalam mengatasi nafsu dan kehendak diri..akhirnya Allah berikan ana ketenangan ini dengan memberikan ana jodoh yang terbaik buat ana untuk terus bergiat aktif dalam perjuangan ini..alhamdulillah” luahan seorang sahabat buat saya memuji-muji Yang Maha Esa.jihad melawan nafsu dalam diri itu lebih aula dari segalanya..
Tapi ada juga diantaranya yang sudah bercinta bagai nak mati tiada penghujung yang baik..akhirnya berkahwin dengan orang lain juga.
Saya juga pernah melalui zaman remaja,yang ada beberapa lelaki cuba memikat hati.dan saya juga pernah melalui zaman cinta monyet yang saya menyangkakan penghujungnya sebuah ikatan perkahwinan..wa makaru wa makarullah..tapi dari pengalaman itu membuatkan saya tegar untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup,bimbang salah mengorak langkah kali seterusnya..kesannya saya hampir futhur dari perjuangan..peristiwa itu buatkan saya makin trauma bila ada sahabat-sahabat seperjuangan bertanya-tanya tentang status diri.
Teman-teman saya tak pernah jemu beri kekuatan.kata mereka ambik semua itu sebagai satu pengajaran.risiko yang perlu saya tanggung atas keterlanjuran mencintai itu saya perlu anggapnya sebagai ujian dariNya..mind-set saya meletakkan hati saya tidak lagi suci untuk diserahkan pada bakal suami suatu hari nanti,jiwa saya juga tidak lagi indah untuk ditatapnya.sungguh,saya akui..payahnya mengubah pemikiran seperti itu.tapi saya sentiasa di ingatkan oleh teman-teman,itu adalah ujian buat saya..dan bersyukurlah saya diberi peluang untuk memperbaiki diri..alhamdulillah.
Akhirnya saya menyerahkan segala keputusan berkaitan jodoh pada tangan ayah bonda. Teman-teman juga mengingatkan perlunya saya juga menilai bakal yang dipilih oleh ayah bonda..kata mereka,moga saya terus thabat dan kuat melalui medan perjuangan menegakkan kalamullah ini.
Saya mula bersetuju dengan mereka.mana mungkin saya sanggup gadaikan perjuangan ini setelah melalui alam perkahwinan kelak kerana;
1-saya punya cita-cita bait saya nanti ada disediakan ruangan untuk gerak kerja dakwah.
2-bait saya juga boleh digunakan untuk mesyuarat-mesyuarat dan juga majlis ilmiah bersama teman-teman bila-bila masa sahaja.
3-bait saya juga seharusnya sentiasa bersedia menerima tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat.
4-saya dan zauj seharusnya sentiasa berlapang dada dalam perjuangan dan sentiasa mengaulakan kepentingan perjuangan lebih dari segalanya.
5-saya punya cita-cita bersama teman-teman untuk membuka satu kompleks yang didalamnya ada pelbagai kemudahan duniawi dan ukhrawi yang berlandaskan syariat dan mengutamakan tuntutan agama dalam semua perkara.
6-saya juga punya impian membuka satu kedai pastry yang mengasingkan ruangan lelaki dan perempuan.juga sebahagian hasilnya akan disalurkan pada jalan dakwah.
Ahh,saya amat runsing bila memikirkan harapan,impian dan cita-cita ini jika sekiranya saya mengahwini seorang lelaki yang tidak memahami perjuangan saya. Juga runsing jika sekiranya dia sudah faham dan aktif dalam perjuangan ini,tetapi dia tidak senang saya aktif dalam jalan ini.dia lebih senang saya lebih berada di rumah,mengasuh dan mendidik anak-anak kami agar menjadi muslim sejati..tetapi saya sebaliknya.maka saya bimbang kiranya bait saya tidak lagi menjadi baiti jannati…
Kebimbangan ini sering saya bincangkan bersama teman-teman..rupanya mereka juga berasa gusar.kami muslimah-muslimah di jalan ini amat menantikan siapakah muslimin yang betul-betul memahami matlamat ini.
Saya berpendapat,matlamat hidup saya telah saya serahkan pada jalan ini setelah kali pertama saya mula menyertainya.sekiranya perjalanan hidup saya tersasar dari landasan ini,saya bimbang saya tidak lagi merasa tenang tentang kehidupan duniawi yang dalamnya perlu saya sediakan bekalan-bekalan untuk perjalanan ke kampung ukhrawi.
Hari demi hari,teman-teman sekolah saya mula membina masjid impian masing-masing.usia saya juga sudah makin meningkat.ada juga senior-senior yang bertanya tentang status saya,kata mereka saya perlu segera mencari teman agar nanti mudah untuk saya pulang ke Malaysia meneruskan perjuangan.status saya,saya lebih suka meletakkan ianya busy kerana saya bimbang tentang kehadiran-kehadiran lelaki yang cuba menawan hati.saya bimbang dalam menilai fikrah mereka adakah saya akan selamat bersama mereka dalam perjuangan impian saya.
Kadang-kadang hati bimbang memikirkan tentang jodoh,adakah saya terlalu memilih???
Seorang teman pernah menyatakan pada saya,memilih itu perlu dan menjaga itu sangat dituntut apabila saya menyatakan padanya saya tidak memilih,tapi saya cuba untuk menjaga..keliru.saya katakan padanya,memilih itu bagi saya kita terlalu menilai rupa seseorang.manakala menjaga itu,kita sangat melihat bagaimana fikrahnya.
KHULASOH
Saat ini saya masih keliru walau mempunyai beberapa hujah tersendiri. Saya juga pernah berbincang dengan teman-teman yang mana hujah mereka sangat berbeza sama sekali dengan saya.akhirnya saya meletakkan segala perhitungan yang terbaik pada pandanganNya..saya meletakkan harapan yang tinggi padaNya setiap kali sujud.moga-moga saya dan teman-teman temui ketenangan hati dalam perkara ini.
rela terhina kerna kebenaran..
antara dua jadi pilihan…
dunia yang fana atau syurga.."