CINTA kepada HIDUP, memberikan senyuman abadi..
walau hidup kadang TAK ADIL, tapi cinta LENGKAPI kita..

Saturday, April 3, 2010

indahnya berukhuwwah


Hari-hari minggu begini,kekadang bosan bilamana tiada program atau kerja-kerja yang menuntut untuk diselesaikan.tapi terlupa pula pada fatrah peperiksaan yang sedang dilalui..huhu.bab study je saya terus jadi malas,teruk betul..lebih rela sibukkan diri dengan mencari-cari kerja atau memasak untuk teman-teman.

Semalam kami mengadakan forum fiqhunnisa’.sangat seronok dan menarik kerana hanya kaum hawa sahaja yang terlibat.dan kami tidak lagi segan silu untuk bertanya dan berkongsi idea dan pendapat.segala permasalahan yang berkaitan dengan wanita dibangkitkan,namun masa begitu cemburu dengan kami.masa yang diperuntukkan tidak cukup juga untuk perbincangan seterusnya..tapi kami bersyukur dapat meneroka permasalahan diri sendiri.alhamdulillah..

Selesai program,kami menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.walaupun tiada air di asrama,kami tetap dibantu oleh kaum adam untuk memasak.biasanya masakan lelaki lagi power dari wanita.tapi tidak semua ya…ooppss

‘terima kasih tau jemput saya jadi panel.seronok la program macam ni..nanti kalau perlukan pape pertolongan lagi,saya boleh je.insya Allah..’

‘terima kasih juga sudi berkongsi ilmu..alhamdulillah kalau sudah sudi begitu,akak amat mengalu-alukan kedatangan kalian semua..hehe’

Saya gembira bila adik-adik dan teman-teman mendapat manfaat yang banyak daripada program anjuran unit dakwah itu.walaupun tidak semua yang hadir,mungkin yang lain punya komitmen yang lebih utama..terlintas di hati untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang lebih banyak bersama kaum hawa sahaja,moga-moga tautan hati antara kami makin kuat dan hangat di jiwa.


Kalau dulu saya berjaya menghasilkan diari persatuan atas tujua

n untuk menyatukan hati-hati kami.saya dan beberapa teman bertungkus-lumus menjayakan juga diari itu walaupun lewat sehari pengedarannya pada semua teman-teman,pantang ada masa terluang kami segera mencurahkan idea.impian dan harapan yang besar saya letakkan pada penghasilan diari itu.bermula dengan menyelitkan maklumat utama persatuan,kata-kata penguat juga doa rabitah hati..dan yang paling utama yang lebih saya fokuskan adalah tarikh lahir semua ahli..

Diantara kami ada yang sangat mengenali satu sama lain,ada juga diantara kami yang hanya mengtahui nama dan tempat tinggal sahaja.bahkan ada juga yang tidak mengenali satu sama lain hatta walau kelompok kami tidaklah ramai di sini.kalau dulu dalam lingkungan 150orang sahaja.sekarang sudah berubah kepada angka 200lebih.alhamdulillah..

Pada saya kenapa perlu difokuskan pada tarikh lahir kerana utamanya disitu untuk mengeratkan hubungan antara kami.mana mungkin kita bersahabat tetapi tidak mengambil tahu tarikh keramat sahabat..disitulah antara penghargaan utama dalam bersahabat.walaupun kita mungkin tidak terlalu rapat dengannya,paling kurang kita turut sama mengucapkan selamat pada tarikh keramat itu.itulah salah satu cara untuk merapatkan hati-hati ini..

Saya tidak nafikan saya juga careless dalam perkara ini.kerana terlalu sibuk,saya terlupa pada tarikh lahir teman di sisi.segera memohon maaf bila sudah teringat.apatah lagi teman lama,yang kadang-kadang dapat dihubungi,dan kadang-kadang lost contact terus.tapi sebahagian daripada mereka saya masih ingat tarikh lahirnya..alhamdulillah


Itu diari sesi sebelum ini,sesi ini impian saya tidak kesampaian.sedih juga bila memikirkan,tapi saya yakin ada hikmah tersembunyi disebaliknya..insyaAllah.kalau diberi kesempatan,saya ingin laksanakan juga impian ini sebelum kaki melangkah pulang ke tanah air.mungkin juga Tuhan berikan saya peluang untuk membuat persiapan yang lebih tersusun lagi..amin


UKHUWWAH, UKHUWWAH, UKHUWWAH


Pelbagai pendapat tentang ukhuwwah ini..ada yang menyatakan ukhuwwah akan terjalin bila kita ikhlas dalam bersahabat.ada juga yang menyatakan ukhuwwah akan lebih akrab bila kita sentiasa husnudzon dengan sahabat.ada juga yang berkata,teman yang baik adalah orang yang terima kita apa adanya..

Dan saya pula berpendapat,ukhuwwah akan jadi berkat dan dilimpahi rahmat bila kita terima sahabat seadanya dia,menegur bila tersalah,membantu bila susah,gembira bila senang hati,ceria dan duka bersama..saling ingat mengingatkan dan sering mengajak kearah kebaikan.usah meletakkan rasa hati atau terasa itu di depan,kelak hubungan akan jadi renggang.mana ada orang yang sempurna yang tidak akan melakukan kesilapan dan terhindar dari kelemahan dan kekurangan..


Abi saya pernah berpesan pada kami teman sekelas ketika masih menuntut di malaysia dahulu;

“amalkan sifat meminta maaf biarpun kita tidak salah..kerana bila kita dah biasakan kita dengan meminta maaf,orang yang buat salah dengan kita pun mudah untuk meminta maaf.kesannya,hubungan bertambah erat..insyaAllah”

Saya percaya dan yakin dengan kata-kata itu.walaupun dipandang remeh sesetengah orang,tapi ada hikmah yang besar disebaliknya..


Imam Ghazali juga telah menggariskan beberapa perkara dalam persaudaraan Islam di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, antaranya;

1- Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah.

Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:

“Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”

2- Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.

3- Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.


4- Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik.

Saidina Umar pernah berkata:

“tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang;

iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam,

yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis,

dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.

5- Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.

6- Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.


7- Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.

8- Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.

Sungguh rumit dalam menilai erti bersahabat.yang pasti,siapa yang bersahabat akan merasa manis dan indahnya ukhuwwah itu..pahitnya segera hilang bila hati sudah tenang.manusia pada fitrahnya ada rasa marah,Cuma kitalah yang perlu mengawal dan menghilangkannya dengan segera..usah marah lama-lama,kelak kita sendiri yang rugi.

Bila berjauhan daripada keluarga ini,teman-teman di sisilah keluarga kami.merekalah tempat bermanja bergurau senda,mereka jugalah tempat mengadu domba,meluahkan rasa bila menghadapi masalah..berkongsi rahsia dan cerita..teman yang baik pasti mengingatkan kami dengan kalam Tuhan.tidak memburukkan lagi keadaan dengan tokok tambah yang merosakkan suasana..

Terima kasih Tuhan atas nikmat bersahabat kurniaan-MU ini..

KHULASOH


Teman-teman, saya mohon maaf dengan kalian. Diri ini amat lemah dalam menghargai tautan ukhuwwah yang dihulurkan, juga amat hina dan teruk untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk kalian letakkan dalam bingkai hati..maaf teman atas kalamku yang sering menyakitkan, atas gurauan yang sering buat kalian terasa..atas amarah yang bertandang tanpa diundang, maaf teman….

Ya Allah..

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,

bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,

bersatu memikul beban dakwah-Mu,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,

maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya…

kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya.

Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.

Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu.

Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu…

jika Engkau mentaqdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenankanlah permintaan ini..