CINTA kepada HIDUP, memberikan senyuman abadi..
walau hidup kadang TAK ADIL, tapi cinta LENGKAPI kita..

Friday, November 12, 2010

ujian dan cabaran ~


kebelakangan ini saya sentiasa terkenangkan ruangan yang tidak aktif ini.. rindu bertamu di hati.
terasa ingin melakar segala apa yang terbendung dalam diri. Tuhan saja yang Maha Tahu..

episod hidup tidak henti-henti sehinggalah kematian menjemput kembali. saya cuba belajar untuk menerima semua yang berlaku pada diri ini dengan berlapang dada meskipun kadang-kadang saya tidak nafikan saya begitu emosi sehingga mengguris hati orang sekeliling..maafkan diri yang lemah ini.

Tuhan hamparkan pada saya ujian yang pelbagai yang membuatkan saya semakin terdedah pada hakikat kehidupan. bersyukur menerima apa yang telah berlaku, saya yakin akan hikmahnya..

daripada masalah persatuan,individu,kelompok tertentu hinggalah masalah peribadi datang bertimpa-timpa. kesan-kesan dosa jelas di depan mata, Allah..ampuni hamba ini..

tidak dapat tidak, saya perlu berhadapan dengan pelbagai risiko. kadang-kadang membuatkan kaki lemah longlai, fikiran bercelaru mencari sesuatu..

ya, saya temui dimana salahnya dan dimana kekuatannya..
salahnya kerana lalai dalam tanggungjawab sebagai hamba lantaran terlalu sibuk dengan amanah sebagai khalifah. tidak meletakkan yang hak pada tempatnya!
kekuatan sudah jelas nyata ada pada ibadah dan taqarrub pada-Nya..
Allah..Allah...
hamba lemah lagi hina...

bila hati dirundung resah, saya terhibur dengan bait-bait indah kalam-Nya.. teringat segala kata-kata nasihat dan peringatan sahabat-sahabat tercinta. Allah sayang kita..

saya percaya, saya tidak dibiarkan sendirian meskipun saya leka.. saya sentiasa diberikan peluang disisi-Nya.. dihantarkan wasilah teguran daripada sahabat-sahabat, dihamparkan kesulitan orang lain yang lebih teruk, dibukakan ruang hati untuk memahami ajaran-Nya.. malah, saya sentiasa dikuatkan kembali setiap kali diri sudah lemah. Allah sayang kita...

saya cuma berharap dapat mencurah bakti pada jalan ini, dapat merencanakan sesuatu untuk kemajuan ummat ini, dapat memahami situasi agar muslim sentiasa mendahului.. zaman sudah berubah, perjalanan makin sukar. harus menjadi fleksible menghadapi masyarakat kini.

saya berharap dapat mengubah diri seiring dengan situasi bahkan tetap teguh dengan prinsip-prinsip islami. tidak mengapa usaha kecil saya tidak disanjung tinggi, malah saya takut diangkat-angkat. cukuplah Allah menilainya dan mengiringi perjuangan saya dengan redho-Nya..itu yang didamba.

**kepada sahabat yang sudi berkunjung ke ruangan ini, maafkan saya. blog ini saya tidak menfokuskan pada isu semasa atau tazkirah dan peringatan. akan tetapi lebih kepada bingkisan hati. terasa lebih ringan beban dibahu apabila melakarkannya..sekadar perkongsian perasaan dihati. syukran.