CINTA kepada HIDUP, memberikan senyuman abadi..
walau hidup kadang TAK ADIL, tapi cinta LENGKAPI kita..

Saturday, March 27, 2010

saya masih keliru

Alhamdulillah,saat ini saya masih diberi peruntukan masa untuk melakar bicara diruangan blog setelah sekian lama tidak lagi bergiat aktif..

Memerhatikan sahabat-sahabat di sekeliling membuatkan saya makin terbuka dalam menilai suasana dan situasi-situasi kita yang pastinya berbeza sama sekali..terutama berkaitan jodoh.saya amat-amat keliru.rasanya sudah terlalu banyak perbincangan tentang jodoh bersama sahabat-sahabat,namun saya masih buntu dalam menilainya dengan sempurna..akhirnya saya memutuskan untuk meluahkannya melalui penulisan ini.

“nti tahu,setelah bertahun-tahun ana memendam perasaan sampai tak keruan hidup ana jadinya, ana mohon petunjukNya agar ana diberi kekuatan dalam mengatasi nafsu dan kehendak diri..akhirnya Allah berikan ana ketenangan ini dengan memberikan ana jodoh yang terbaik buat ana untuk terus bergiat aktif dalam perjuangan ini..alhamdulillah” luahan seorang sahabat buat saya memuji-muji Yang Maha Esa.jihad melawan nafsu dalam diri itu lebih aula dari segalanya..

Tapi ada juga diantaranya yang sudah bercinta bagai nak mati tiada penghujung yang baik..akhirnya berkahwin dengan orang lain juga.

Saya juga pernah melalui zaman remaja,yang ada beberapa lelaki cuba memikat hati.dan saya juga pernah melalui zaman cinta monyet yang saya menyangkakan penghujungnya sebuah ikatan perkahwinan..wa makaru wa makarullah..tapi dari pengalaman itu membuatkan saya tegar untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup,bimbang salah mengorak langkah kali seterusnya..kesannya saya hampir futhur dari perjuangan..peristiwa itu buatkan saya makin trauma bila ada sahabat-sahabat seperjuangan bertanya-tanya tentang status diri.

Teman-teman saya tak pernah jemu beri kekuatan.kata mereka ambik semua itu sebagai satu pengajaran.risiko yang perlu saya tanggung atas keterlanjuran mencintai itu saya perlu anggapnya sebagai ujian dariNya..mind-set saya meletakkan hati saya tidak lagi suci untuk diserahkan pada bakal suami suatu hari nanti,jiwa saya juga tidak lagi indah untuk ditatapnya.sungguh,saya akui..payahnya mengubah pemikiran seperti itu.tapi saya sentiasa di ingatkan oleh teman-teman,itu adalah ujian buat saya..dan bersyukurlah saya diberi peluang untuk memperbaiki diri..alhamdulillah.

Akhirnya saya menyerahkan segala keputusan berkaitan jodoh pada tangan ayah bonda. Teman-teman juga mengingatkan perlunya saya juga menilai bakal yang dipilih oleh ayah bonda..kata mereka,moga saya terus thabat dan kuat melalui medan perjuangan menegakkan kalamullah ini.

Saya mula bersetuju dengan mereka.mana mungkin saya sanggup gadaikan perjuangan ini setelah melalui alam perkahwinan kelak kerana;

1-saya punya cita-cita bait saya nanti ada disediakan ruangan untuk gerak kerja dakwah.

2-bait saya juga boleh digunakan untuk mesyuarat-mesyuarat dan juga majlis ilmiah bersama teman-teman bila-bila masa sahaja.

3-bait saya juga seharusnya sentiasa bersedia menerima tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat.

4-saya dan zauj seharusnya sentiasa berlapang dada dalam perjuangan dan sentiasa mengaulakan kepentingan perjuangan lebih dari segalanya.

5-saya punya cita-cita bersama teman-teman untuk membuka satu kompleks yang didalamnya ada pelbagai kemudahan duniawi dan ukhrawi yang berlandaskan syariat dan mengutamakan tuntutan agama dalam semua perkara.

6-saya juga punya impian membuka satu kedai pastry yang mengasingkan ruangan lelaki dan perempuan.juga sebahagian hasilnya akan disalurkan pada jalan dakwah.

Ahh,saya amat runsing bila memikirkan harapan,impian dan cita-cita ini jika sekiranya saya mengahwini seorang lelaki yang tidak memahami perjuangan saya. Juga runsing jika sekiranya dia sudah faham dan aktif dalam perjuangan ini,tetapi dia tidak senang saya aktif dalam jalan ini.dia lebih senang saya lebih berada di rumah,mengasuh dan mendidik anak-anak kami agar menjadi muslim sejati..tetapi saya sebaliknya.maka saya bimbang kiranya bait saya tidak lagi menjadi baiti jannati…

Kebimbangan ini sering saya bincangkan bersama teman-teman..rupanya mereka juga berasa gusar.kami muslimah-muslimah di jalan ini amat menantikan siapakah muslimin yang betul-betul memahami matlamat ini.

Saya berpendapat,matlamat hidup saya telah saya serahkan pada jalan ini setelah kali pertama saya mula menyertainya.sekiranya perjalanan hidup saya tersasar dari landasan ini,saya bimbang saya tidak lagi merasa tenang tentang kehidupan duniawi yang dalamnya perlu saya sediakan bekalan-bekalan untuk perjalanan ke kampung ukhrawi.

Hari demi hari,teman-teman sekolah saya mula membina masjid impian masing-masing.usia saya juga sudah makin meningkat.ada juga senior-senior yang bertanya tentang status saya,kata mereka saya perlu segera mencari teman agar nanti mudah untuk saya pulang ke Malaysia meneruskan perjuangan.status saya,saya lebih suka meletakkan ianya busy kerana saya bimbang tentang kehadiran-kehadiran lelaki yang cuba menawan hati.saya bimbang dalam menilai fikrah mereka adakah saya akan selamat bersama mereka dalam perjuangan impian saya.

Kadang-kadang hati bimbang memikirkan tentang jodoh,adakah saya terlalu memilih???
Seorang teman pernah menyatakan pada saya,memilih itu perlu dan menjaga itu sangat dituntut apabila saya menyatakan padanya saya tidak memilih,tapi saya cuba untuk menjaga..keliru.saya katakan padanya,memilih itu bagi saya kita terlalu menilai rupa seseorang.manakala menjaga itu,kita sangat melihat bagaimana fikrahnya.


KHULASOH

Saat ini saya masih keliru walau mempunyai beberapa hujah tersendiri. Saya juga pernah berbincang dengan teman-teman yang mana hujah mereka sangat berbeza sama sekali dengan saya.akhirnya saya meletakkan segala perhitungan yang terbaik pada pandanganNya..saya meletakkan harapan yang tinggi padaNya setiap kali sujud.moga-moga saya dan teman-teman temui ketenangan hati dalam perkara ini.


"Berjuang ertinya terkorban…
rela terhina kerna kebenaran..
antara dua jadi pilihan…
dunia yang fana atau syurga.."

No comments:

Post a Comment