CINTA kepada HIDUP, memberikan senyuman abadi..
walau hidup kadang TAK ADIL, tapi cinta LENGKAPI kita..

Saturday, July 2, 2011

smile!!


fuhh...penat bermain dengan manusia. tapi xseharusnya kita pernah merasa penat untuk berjuang! yearghhhhh!

biar siapa pun kita, ujian xakan pernah berhenti. ujian setiap daripada kita mungkin sama, mungkin jua berbeza. yang pasti cara kita hadapi pasti berbeza.

ujian adalah lakaran kehidupan. cara kita hadapi sesuatu perkara akan memberi kesan seterusnya. mungkin negatif, mungkin juga positif. bergantung pada individu.

ambillah masa untuk jadi seorang yang rasional hadapi kemelut hidup. kadang kita perlu korbankan beberapa prinsip kehidupan demi kesejahteraan orang disekeliling kita. tak rugi berkorban, hasilnya amat lumayan! meski tidak di dunia sebagai ganjaran, pasti sorga idaman menantimu penuh keriangan..(",)


senyum,smile,ibtasem bil hayaaaaahhhh..
walau sakit
walau perit
walau pahit
walau seakan-akan mati jiwamu
walau tiada lagi hala tuju
walau terasa hidup seolah-olah tiada ertinya!

kembalilah pada hakikat diri
diciptakan menjadi hamba untuk beribadah
diciptakan menjadi khalifah untuk memerintah
dijadikan sebagai teman untuk menemani
saling memberi dan mengerti...

hidup semata-mata mencari redho-Nya
apa jua cara kita redahi aje!
selagi tidak mendatangkan murka Tuhan
selagi tidak mengundang fitnah
selagi tidak sengaja mengundang parah
nikmatilah peluang dan ruang yang dimiliki
usah disekat usah dihalang
hanya kerana secebis ego yang dipertahankan
kita pasti kerugian!

senyumlah dengan hidupmu yang kadang kelam
pasti ada saat pelangi datang
hargailah ia nikmat dari Tuhan
bukankah Dia sudah berjanji
pasti tidak berlaku sesuatu dengan sia-sia..(",)


"adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan saja setelah menyatakan KAMI BERIMAN sedangkan mereka TIDAK DIUJI?" -al-Ankabut : 2