CINTA kepada HIDUP, memberikan senyuman abadi..
walau hidup kadang TAK ADIL, tapi cinta LENGKAPI kita..

Tuesday, June 15, 2010

renungan buat yang tersayang


Beberapa hari kebelakangan ini saya banyak termenung, berfikir.sehinggakan kadang-kadang tidak sedar apa yang sedar dilakukan, diluar kawalan.

entah apa yang dirunsingkan nasib diri, pasti Dia si Kekasih sejati mengaturkan segala yang terbaik buat diri.

hari ini hari ketiga semester musim panas.esok kelas akan bermula, tidak dapat tidak harus bersedia dengan kepadatan belajar dan hidup sebagai pelajar sepanjang fatrah 2bulan ini.

sahabat-sahabat melayu yang lain sudah selesa di bilik masing-masing, sudah siap mengemas dan sebagainya. tinggallah bilik saya yang seringkali tertangguh untuk dikemaskini.

dibelenggu kerana ihtimal akan masuk teman sebilik arab yang baru.sedang saya sedari awal ingin membayar katil ke-3 bilik 9 itu.malangnya, kepadatan soifi membuatkan saya terpaksa akur pada apa jua kemungkinan.

Allah ma'ie....

seketika berpeluang saya mengemas almari kitab yang padat dengan buku-buku pelajaran dan juga kertas-kertas serta fail-fail persatuan.

disebalik helaian yang begitu banyak, terselit sekeping kertas tazkirah Biro Kebajikan dan Perpaduan PRISMA sesi 96/97.sudah begitu lama masa berlalu.

isinya berbunyi begini.

"dalam lipatan memori, Minggu Tautan Kasih dan Muhibbah."



(ucapan Saidina Ali k.w.h)


1-Nilai seseorang itu ditentukan oleh perbuatan baiknya.

2-Orang yang manis tutur katanya....akan mendapat ramai teman

3-Janganlah memandang pada siapa yang berkata....tapi perhatikanlah pada apa yang dibicarakannya.

4-Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan pada dosa.

5-Nasihat di khalayak ramai itu adalah suatu celaan.

6-Janganlah kau bersahabat dengan orang yang kikir, kerana dia akan menghinamu dikala kau memerlukan bantuannya. Dan janganlah kau bersahabat dengan pedagang, nescaya kau akan dijualnya dengan harga yang paling rendah.

7-Murah senyum itu bukti kasih dan sabar itu kuburan aib.

8-Sekaya-kaya kekayaan itu adalah akal, sebesar-besar kemiskinan itu adalah bodoh, seburuk-buruk kelakuan itu adalah ujub, dan semulia-mulia kemuliaan itu adalah akhlak yang mulia.

9-Janganlah menjadi orang yang mengharapkan akhirat tanpa amalan, dan janganlah menunda-nunda taubat kerana angan-angan anda menyukai orang yang soleh, namun tidak mahu beramal dengan amalan orang yang soleh?!!!

10-Tidak akan diterima amal kecuali dengan taqwa.

11-Janganlah berbuat kebaikan kerana inginkan di puji manusia, dan janganlah meninggalkannya kerana malu dipandang manusia.

12-Sebesar-besar dosa itu adalah dosa yang dianggap ringan oleh si pelakunya.


termenung seketika.jiwa terusik.

Allah....Allah....

ampuni dosa-dosa kami ya Allah...dalam sedar atau tidak..jelas atau tersembunyi..

saya menyeru diri, membina azam dan semangat. seterusnya saya menyeru sahabat-sahabat, muhasabah sentiasa.

bersama-sama kita memperbaiki perilaku diri agar sentiasa dalam redhoNya.melontarkan buluh-buluh semangat perjuangan dalam setiap gerak kerja dan urusan.

meski sebagai seorang pelajar, guru, anak, pegawai, atau siapa jua kita.

semalam sebagai satu kenangan, atau mungkin pengajaran hidup, atau pasti juga satu lembaran baru kehidupan. yang pasti semalam harus kita ambil iktibar. semalam harus dimuhasabahkan. agar hari ini kita lalui dengan lebih baik.

Allaha ismarladik! ~




Saturday, June 12, 2010

warkah untuk diriku...


Assalamualaikum..

Buat tatapan diriku yang lemah lagi hina..

Hari ini 12jun2010.sudah beberapa tahun berlalu.semalam membantu kakak khirrijah mengemas barang,ku temui kembali buku yang disangka telah hilang lama dulu..hati gembira.

Lama menatap buku,lantas membuka helaian demi helaian.di helaian paling depan tertulis :

Assalamualaikum kepada diriku..

Dah hampir 3bulan berlalu..aku masih tidak jumpa kekuatan itu..

tapi,Alhamdulillah,aku cuba melawan perasaanku sedikit demi sedikit…

tapi kenangan itu itu sering menghantui mindaku,menyebabkan aku kadang-kadang tidak dapat mengawal diri..

aku hanyut jua…

sedih,

aku derita dan sengsara dengan semua ini..

ku mohon padaNya,tapi aku tetap tidak istiqomah..

mungkin kerana aku tidak kuat dan tidak yakin pada kemampuan diri..

aku tertanya-tanya pada diri dan pada alam,

ramaikah manusia sepertiku????

Aku sedih dengan kenyataan itu..

Diriku ternoda dengan dunia..

Jika ramai sepertiku,siapakah yang betul-betul kuat dan mantap imannya???

Ya Allah..

Sungguh hebat Kau uji kami..leka dengan duniaMu..

Terlalu sedikit yang menjaga keimanan,

Menjaga hati daripada terpaut pada dunia…

Aku ingin kembali…

Aku ingin kembali…

Lama termenung,aku kembali fokus pada kerja yang tertinggal.kembali membalut kotak kargo.

Fikiran melayang-layang.ku ambil kembali buku tadi.membaca lagi.

Di helaian belakang,tertulis :

Assalamualaikum kepada diriku yang hina…

Hari ini aku berdiri sebagai qo’id,

Lantas perubahan apakah yang telah aku lakukan untuk diriku yang hina dina ini??

Kemantapan iman dan ukhuwwah yang ku cari menjengah selang seli..

Tapi aku tetap tidak istiqomah.

Sampai tahap ini tak kanlah aku ingin terus dalam kegelapan dan kemurungan dengan dosa dan noda yang sering meninjau-ninjau hati dan pemikiran..

Ya Allah…

Bantulah hamba lemah ini…

Lemah jiwaku mengenang dosa lalu..

Terlalu kelam hati ini…

Istiqomahkan diriku dalam melakukan ibadah-ibadah dan kebaikan berterusan..

Kuatkan diriku dengan qiamullail..

Kuatkan hatiku dengan cinta dan redhoMu..

Amin ya Rabb..

Aku menarik nafas dalam-dalam..ingin menangis, tapi di kawal perasaan agar tidak terlihat oleh teman-teman di sisi..

Lantas hari ini aku terus berdiri.aku Berjaya memecahkan kenangan semalam.menghalang alirannya agar tidak terus turut serta dalam memori hidupku yang mendatang.

Ia sungguh pahit sekali.

Mengintai bahagia diri dalam perjuangan.

Ya,aku sudah mewakafkan diri pada jalan ini.lantas masih tegarkah aku merasa letih dan putus asa??hamba ini sangat lemah sekali..

Semalam ku rayu pada teman seperjuangan agar aku diberi sebarang dua ruang untuk melepaskan lelah,mengumpul semangat,memperbaiki langkah..setelah dipertimbangkan,temanku benarkan aku berehat seketika..ya,mencari diri.

Tapi…..

Seketika aku terfikir. Layakkah aku memohon kerehatan dalam perjuangan?hebat sangatkah khidmat yang ku persembahkan dalam perjuangan ini?

Tuhan,aku hamba hina dina….menangis merayu padaMu…tunjukkan aku jalan. Suluhkan lorong-lorong hidayahMu..

Seketika berlari,seketika melangkah longlai..sekejap melutut,sebentar lagi jatuh terduduk..

Tapi perjalananku masih jauh, masih belum nampak penghujungnya..terlalu jauh..

Aku bangun kembali…

Duri-duri terpaksa ku hadapi, menusuk dalam ke hati..aku redha

Hatiku dibolak-balikkan…tapi aku tetapkan ia dengan munajat padaMu..

Ranting-ranting serta kemuncup terpaksa ku redahi…kuatkan aku…

Kuatkan hatiku..cintaku untukMu..

Hatiku tidak tegar untuk dibuai rasa yang aku tidak pasti..

Lantas, bantu aku..keluar dari kemelut diri..

Bantu aku….