CINTA kepada HIDUP, memberikan senyuman abadi..
walau hidup kadang TAK ADIL, tapi cinta LENGKAPI kita..

Saturday, June 12, 2010

warkah untuk diriku...


Assalamualaikum..

Buat tatapan diriku yang lemah lagi hina..

Hari ini 12jun2010.sudah beberapa tahun berlalu.semalam membantu kakak khirrijah mengemas barang,ku temui kembali buku yang disangka telah hilang lama dulu..hati gembira.

Lama menatap buku,lantas membuka helaian demi helaian.di helaian paling depan tertulis :

Assalamualaikum kepada diriku..

Dah hampir 3bulan berlalu..aku masih tidak jumpa kekuatan itu..

tapi,Alhamdulillah,aku cuba melawan perasaanku sedikit demi sedikit…

tapi kenangan itu itu sering menghantui mindaku,menyebabkan aku kadang-kadang tidak dapat mengawal diri..

aku hanyut jua…

sedih,

aku derita dan sengsara dengan semua ini..

ku mohon padaNya,tapi aku tetap tidak istiqomah..

mungkin kerana aku tidak kuat dan tidak yakin pada kemampuan diri..

aku tertanya-tanya pada diri dan pada alam,

ramaikah manusia sepertiku????

Aku sedih dengan kenyataan itu..

Diriku ternoda dengan dunia..

Jika ramai sepertiku,siapakah yang betul-betul kuat dan mantap imannya???

Ya Allah..

Sungguh hebat Kau uji kami..leka dengan duniaMu..

Terlalu sedikit yang menjaga keimanan,

Menjaga hati daripada terpaut pada dunia…

Aku ingin kembali…

Aku ingin kembali…

Lama termenung,aku kembali fokus pada kerja yang tertinggal.kembali membalut kotak kargo.

Fikiran melayang-layang.ku ambil kembali buku tadi.membaca lagi.

Di helaian belakang,tertulis :

Assalamualaikum kepada diriku yang hina…

Hari ini aku berdiri sebagai qo’id,

Lantas perubahan apakah yang telah aku lakukan untuk diriku yang hina dina ini??

Kemantapan iman dan ukhuwwah yang ku cari menjengah selang seli..

Tapi aku tetap tidak istiqomah.

Sampai tahap ini tak kanlah aku ingin terus dalam kegelapan dan kemurungan dengan dosa dan noda yang sering meninjau-ninjau hati dan pemikiran..

Ya Allah…

Bantulah hamba lemah ini…

Lemah jiwaku mengenang dosa lalu..

Terlalu kelam hati ini…

Istiqomahkan diriku dalam melakukan ibadah-ibadah dan kebaikan berterusan..

Kuatkan diriku dengan qiamullail..

Kuatkan hatiku dengan cinta dan redhoMu..

Amin ya Rabb..

Aku menarik nafas dalam-dalam..ingin menangis, tapi di kawal perasaan agar tidak terlihat oleh teman-teman di sisi..

Lantas hari ini aku terus berdiri.aku Berjaya memecahkan kenangan semalam.menghalang alirannya agar tidak terus turut serta dalam memori hidupku yang mendatang.

Ia sungguh pahit sekali.

Mengintai bahagia diri dalam perjuangan.

Ya,aku sudah mewakafkan diri pada jalan ini.lantas masih tegarkah aku merasa letih dan putus asa??hamba ini sangat lemah sekali..

Semalam ku rayu pada teman seperjuangan agar aku diberi sebarang dua ruang untuk melepaskan lelah,mengumpul semangat,memperbaiki langkah..setelah dipertimbangkan,temanku benarkan aku berehat seketika..ya,mencari diri.

Tapi…..

Seketika aku terfikir. Layakkah aku memohon kerehatan dalam perjuangan?hebat sangatkah khidmat yang ku persembahkan dalam perjuangan ini?

Tuhan,aku hamba hina dina….menangis merayu padaMu…tunjukkan aku jalan. Suluhkan lorong-lorong hidayahMu..

Seketika berlari,seketika melangkah longlai..sekejap melutut,sebentar lagi jatuh terduduk..

Tapi perjalananku masih jauh, masih belum nampak penghujungnya..terlalu jauh..

Aku bangun kembali…

Duri-duri terpaksa ku hadapi, menusuk dalam ke hati..aku redha

Hatiku dibolak-balikkan…tapi aku tetapkan ia dengan munajat padaMu..

Ranting-ranting serta kemuncup terpaksa ku redahi…kuatkan aku…

Kuatkan hatiku..cintaku untukMu..

Hatiku tidak tegar untuk dibuai rasa yang aku tidak pasti..

Lantas, bantu aku..keluar dari kemelut diri..

Bantu aku….



3 comments:

  1. O patutla malam 2 tiba2 m0ody.igtkn ad org jolok sarang tebuan.huhu.anyway,mana ad rehat dlm hidup.jln ini bkn seorg,perlu teman menjd cerminan.k,trs thabat

    ReplyDelete
  2. Oh ydpah ku.
    Hidup penuh ranjau lagi berduri.
    Rasul dan para sahabat jua penuh dengan ujian.
    Kita dan rasul jauh bezanya.apa lgi para sahabat.
    Menjadi sempurna itu tak mungkin.
    Tapi kita harus cuba ke arah kesempurnaan!
    Hidup kita kerana Allah,mati juga untuk bertemu Allah.
    Moga dirimu menjadi qoidah yg sentiasa dibantu Allah.
    Doa kami sentiasa mengiringi langkah perjuanganmu.

    ReplyDelete
  3. syukran ya ukhtaini habibatain...
    benar, tiada kerehatan dalam hidup.
    hinanya diri kerana seringkali menuntut akan kerehatan seketika..
    astghfirullah...
    perjalanan masih jauh, mencari redhoNya semata..

    ReplyDelete