Saturday, August 13, 2011
i want to be...
oh ayah dan ibu
agar tercapai citaku
membela nasibmu..
kan ku sujud di kakimu
bila kita bertemu
kan ku cium tanganmu
ku pohon restumu
oh maafkan daku
kesalahan diriku..."
lalalalalalalaa...
baru masuk 13 Ramadhan, lagu raya dah meriah dah dalam rumah. suasana kat Malaysia apatah lagi kan? last raya kat oversea..maybe. (kalau sambung MA kat sini xjadi la last raya kan..hihi)
sebenarnya entah apa yang dirasakan saat ni, keliru, buntu, resah gelisah bersatu. u know something, balik ni i dah graduate dari oversea, berijazahkan syariah gitu. but i have no feeling about that :(
semua orang ada cita-cita sendiri kan. dah khirij nak jadi tu, nak jadi ni.. jadi pakar. but....saya xtahu apa target saya 10tahun akan datang. fine, memang saya nak buka kedai pastry. tapi bila teliti semula, kulinari bukan bidang saya. memasak. yes, saya minat masak, hobi bila dah boring, serabut, bolok. saya akan memasak.
saya perhatikan kawan-kawan yang lain, semua ada target, ada keyakinan sendiri. tapi kenapa tidak saya?? oh my God!
bilang-bilang dengan jari, saya ada 43 hari lagi sebelum fly ke Malaysia. saya punya target sebelum balik apa pun xsetel lagi..apa ni Husna??
satu hari saya skype dengan kakak saya, macam-macam la kami sembang. then saya tanya ;
me : maza dah book ke tiket ke sabah hujung tahun ni?
my sis : awat xtanya dia je? rasanya xlagi kot...
me : ala,dia selalu je susah nak berchatting,send msg pun xreply.maybe bambam yang guna hs sekarang kot..
my sis : ada ke logik bambam yang main, kecil lagi kot!
me : ahahahahaha...balik ni nak jalan2 satu Malaysia! yeargh..!!
my sis : toksah nak ngade-ngade jalan nye, duk umah jaga che' ni. teman umie.jalan je kerjanya. bila lagi nak berbakti pada che',xada masa dah
me : gulp!!
oh, saya terlupa sesuatu yang berharga dalam hidup! Tuhan , ampuni saya..che', maafkan cucumu yang nakal ini..
serta-merta saya punya perancangan balik ni berubah 360%. sebelum ni plan nak round-round satu Malaysia jumpa kawan-kawan yang lama terpisah. 2 bulan jugak target kami buat. itu kawan, 2 bulan saya ambil masa nak jalan-jalan. tapi family??????
saya terkedu, malu pada diri. ya, bakti pada family boleh kira dengan jari. umiey yang susah-susah didik dan jaga dari kecil. penuh kasih sayang. dipendam amarah dengan kerenah yang melampau-lampau, sedang diri kepenatan balik dari mengajar. walid yang bertungkus lumus mencari rezeki sesuap nasi. membela nasib kami 15 beradik. penuh cinta dan sayang dalam kepayahan menghantar kami ke sekolah agama. agar besar nanti menjadi muslim sejati, berguna pada agama.
che' yang sering dirindui.. melayan kami saban waktu tika umie walid pergi mengajar. sangan suka kuih muih masakan che'. selalu buat kuih sekaya, gula-gula nisan, bronut. selalu puasa sunat isnin khamis. malunya kami yang muda-mudi ni, che' yang berusia 80an pun mampu melazimi puasa sunat.ish3.. tapi sekarang che' xmampu buat semua tu lagi..terlantar, terbaring diatas katil sahaja..:(
doakan nenek saya cepat sembuh. semoga saya sempat berbakti padanya!!
abang saya selalu pesan, family penting lagi. dia tahu saya jenis berkawan, xlekat kat rumah. pantang kawan ajak keluar, sehari suntuk xbalik.
saya fikir balik....
umur saya akan mencecah angka 24tahun 19 Ramadhan ni.
saya xpasti bila saya betul-betul fokus pada family. masa kecil-kecil tu toksah kira la..masuk usia 12tahun, saya masuk MTT. saya stay kat asrama sebab saya masuk aliran tahfiz.tapi saya masih berpeluang jumpa umiey tiap-tiap hari sebab kakak dan abang saya masuk aluran akademik, mereka tak tinggal di asrama.
tahun 2000, tahun umiey walid bersara dari jadi guru. saya xdapat join program kat sekolah umiey sebab saya di asrama. sedih juga. selalunya sayalah pengikut dan peneman setia umiey ke mana-mana saja.
2001 saya berpindah ke SMAKH. 2002 saya ambil PMR dan isi borang ke MTANT. 2003 saya masuk aliran sains di SMAKH, tapi sekejap je sebab hati dah melekat kat MTANT. alhamdulillah, saya lulus temuduga kedua!
4tahun di MTANT, saya selalu je stay kat asrama time orang lain balik. jarang-jarang nak balik. alasannya, nak menghafal, nak fokus, kat rumah xdapat nak fokus..bla bla bla.. umiey xmarah, umiey izinkan. bahkan umiey pula yang selalu datang jenguk saya hari minggu. kalau saya balik pun, saya bukan nak ambil tahu hal rumah sangat.(bertuah punya anak. dish!)
hujung 2006, saya khirij dah dari MTANT. saya belajar memandu sebulan lebih jugalah.. dapat je lesen, saya dipanggil mengajar di IMTIAZ Kuala Terengganu sebagai guru tasmi'. pagi di IMTIAZ, petang di SMAKH, malam di rumah k.ma mengajar dia dan family membaca al-Quran. penat memang penat. tapi, bilanya saya berbakti pada umiey walid??
mei 2007, saya dan kawan apply borang sambung ke Universiti Al-alBayt, Jordan. akhir ogos kami terima surat tawaran. 2 minggu lepas tu kami fly ke Jordan. saya tinggalkan umiey walid lagi..... tapi saya xada perasaan sangat, sebab dah biasa jauh dari mereka. umiey menangis bila hantar saya di lapangan terbang. saya menangis, tapi saya xterasa sedih sangat, terlalu teruja nak sambung belajar. punya la kebal, sebulan lebih di Jordan barulah saya menangis time abang saya call di pagi Aidilfitri 2007.
sepanjang di Jordan, 3 kali saya pulang bercuti di Malaysia. tapi rasanya 3 kali pulang bercuti, saya masih tidak dapat buat umiey tersenyum bangga dengan anak bongsu ni. saya xpernah join aktiviti umiey di surau, masjid, markaz dan sebagainya. sangat terukkkkkkkkk!!!
tiba-tiba balik 26 september 2011 saya terus susun jadual selama 2bulan nak jalan-jalan sebelum sesak dengan kerja? anak jenis apa la saya ni kan...hmmmm.
satu hari umiey kata kalau xada apa-apa dah kat Jordan, balik lah. nanti kerja kat Terengganu je. bila lagi nak stay kat rumah. xlama lagi anak umiey mesti bak kahwin dah, xstay kat Terengganu lagi...Allah, luruh jantung saya. tersentak dengar umiey cakap macam tu. rasa nak fly terus je!
jadi bila dah fikir sejak dua menjak ni, saya kena buat target tetap sebelum balik. sebelum kerja,kahwin,sambung MA, saya mesti stay kat rumah je..saya nak qodho semula 24tahun yang lalu. it's ok kalau adik saya kata kakak saya lah anak harapan walid sekarang ni, bukan lagi saya. dia terus sambung MA lepas habis degree. saya teringat kata-kata us Anhar, jadi anak soleh. :) anak soleh selalunya buat ibubapa tenang, bahagia. buat ibubapa percaya dan yakin dengan sikap dan kelakuannya. peribadi anak soleh buat orang senang dengannya. cita-cita saya sekarang nak jadi anak soleh! hehe..:D
sebenarnya saya sedang mencari kekuatan. saya tahu, kawan baik saya pun dah buntu dengan kerenah saya. it's ok, saya minta maaf dengannya. saya mencari kekuatan untuk persiapkan diri sebelum balik.. saya ingin melihat riak-riak kebahagiaan di wajah umiey walid. saya xnak jadi pemalas, saya xnak jadi orang yang xada hala tujuan hidupnya, saya xnak jadi orang yang cukup sekadar apa yang ada. saya nak jadi orang anak soleh, berilmu, berpengetahuan, bermasyarakat, bersosial, saya nak jadi daie' yang berjaya memperjuangkan agamanya.. Doakan saya!
p/s : hidup mesti ada target. paling kurang target 2 tahun akan datang. tapi lagi best kalau ada target 10 tahun akan datang! kata nak jadi muslim berjaya :)
Saturday, July 2, 2011
smile!!
Monday, June 27, 2011
cakes!


Saturday, June 25, 2011
setelah sekian lama
Friday, November 12, 2010
ujian dan cabaran ~
Tuesday, June 15, 2010
renungan buat yang tersayang
Saturday, June 12, 2010
warkah untuk diriku...
Assalamualaikum..
Buat tatapan diriku yang lemah lagi hina..
Hari ini 12jun2010.sudah beberapa tahun berlalu.semalam membantu kakak khirrijah mengemas barang,ku temui kembali buku yang disangka telah hilang lama dulu..hati gembira.
Lama menatap buku,lantas membuka helaian demi helaian.di helaian paling depan tertulis :
Assalamualaikum kepada diriku..
Dah hampir 3bulan berlalu..aku masih tidak jumpa kekuatan itu..
tapi,Alhamdulillah,aku cuba melawan perasaanku sedikit demi sedikit…
tapi kenangan itu itu sering menghantui mindaku,menyebabkan aku kadang-kadang tidak dapat mengawal diri..
aku hanyut jua…
sedih,
aku derita dan sengsara dengan semua ini..
ku mohon padaNya,tapi aku tetap tidak istiqomah..
mungkin kerana aku tidak kuat dan tidak yakin pada kemampuan diri..
aku tertanya-tanya pada diri dan pada alam,
ramaikah manusia sepertiku????
Aku sedih dengan kenyataan itu..
Diriku ternoda dengan dunia..
Jika ramai sepertiku,siapakah yang betul-betul kuat dan mantap imannya???
Ya Allah..
Sungguh hebat Kau uji kami..leka dengan duniaMu..
Terlalu sedikit yang menjaga keimanan,
Menjaga hati daripada terpaut pada dunia…
Aku ingin kembali…
Aku ingin kembali…
Lama termenung,aku kembali fokus pada kerja yang tertinggal.kembali membalut kotak kargo.
Fikiran melayang-layang.ku ambil kembali buku tadi.membaca lagi.
Di helaian belakang,tertulis :
Assalamualaikum kepada diriku yang hina…
Hari ini aku berdiri sebagai qo’id,
Lantas perubahan apakah yang telah aku lakukan untuk diriku yang hina dina ini??
Kemantapan iman dan ukhuwwah yang ku cari menjengah selang seli..
Tapi aku tetap tidak istiqomah.
Sampai tahap ini tak kanlah aku ingin terus dalam kegelapan dan kemurungan dengan dosa dan noda yang sering meninjau-ninjau hati dan pemikiran..
Ya Allah…
Bantulah hamba lemah ini…
Lemah jiwaku mengenang dosa lalu..
Terlalu kelam hati ini…
Istiqomahkan diriku dalam melakukan ibadah-ibadah dan kebaikan berterusan..
Kuatkan diriku dengan qiamullail..
Kuatkan hatiku dengan cinta dan redhoMu..
Amin ya Rabb..
Aku menarik nafas dalam-dalam..ingin menangis, tapi di kawal perasaan agar tidak terlihat oleh teman-teman di sisi..
Lantas hari ini aku terus berdiri.aku Berjaya memecahkan kenangan semalam.menghalang alirannya agar tidak terus turut serta dalam memori hidupku yang mendatang.
Ia sungguh pahit sekali.
Mengintai bahagia diri dalam perjuangan.
Ya,aku sudah mewakafkan diri pada jalan ini.lantas masih tegarkah aku merasa letih dan putus asa??hamba ini sangat lemah sekali..
Semalam ku rayu pada teman seperjuangan agar aku diberi sebarang dua ruang untuk melepaskan lelah,mengumpul semangat,memperbaiki langkah..setelah dipertimbangkan,temanku benarkan aku berehat seketika..ya,mencari diri.
Tapi…..
Seketika aku terfikir. Layakkah aku memohon kerehatan dalam perjuangan?hebat sangatkah khidmat yang ku persembahkan dalam perjuangan ini?
Tuhan,aku hamba hina dina….menangis merayu padaMu…tunjukkan aku jalan. Suluhkan lorong-lorong hidayahMu..
Seketika berlari,seketika melangkah longlai..sekejap melutut,sebentar lagi jatuh terduduk..
Tapi perjalananku masih jauh, masih belum nampak penghujungnya..terlalu jauh..
Aku bangun kembali…
Duri-duri terpaksa ku hadapi, menusuk dalam ke hati..aku redha
Hatiku dibolak-balikkan…tapi aku tetapkan ia dengan munajat padaMu..
Ranting-ranting serta kemuncup terpaksa ku redahi…kuatkan aku…
Kuatkan hatiku..cintaku untukMu..
Hatiku tidak tegar untuk dibuai rasa yang aku tidak pasti..
Lantas, bantu aku..keluar dari kemelut diri..
Bantu aku….