CINTA kepada HIDUP, memberikan senyuman abadi..
walau hidup kadang TAK ADIL, tapi cinta LENGKAPI kita..

Monday, June 27, 2011

cakes!



this is my first vanilla cake! heh

ooppss! kek ni xjadi bolat coz separuh lagi saya dah potong bagi kat mama dan baba..hihi

2 minggu yang lepas saya terima tempahan kek vanila. adeh, saya xpernak kot try buat kek vanila ni. nak menolak nye serba salah coz yang menempahnya orang yang menyambut birthday. so, saya terima tempahan tu bagi meraikan beliau..

mula saya dan kawan2 mencari bahan vanila cake. first beli yang instant punya, tapi xjadi coz saya xpandai guna yang instant. nasib baik Qasr kami dah ada wireless, maka bertungkus lumuslah saya mencari resepi kek vanila.

kek ni asalnye ok je, bila disejukkan dia pecah plak,adehhh.. terpaksalah saya buat satu lagi. alhamdulillah ok lah untuk first time buat..hihi. sory pada yang menempah!


semalam birthday adik saya pula. kempunan sangat dia nak makan kek coklat saya (macam la the best pun!:p), saya pun buat sebijik untuk dia. cam biasa sebijik lagi untuk ahli Qasr.

punya semangat saya bangun pagi terus masuk dapur. keluarkan bahan-bahan kek..tengok2, telur xada!!! kelam-kabut den! terus search internet, kek coklat tanpa telur. yes, jumpa! :))

rupanya lagi senang dan simple buat kek coklat tanpa telur ni. xpenat sangat dan very simple la..hihi. rasanya pun ok, lagi smooth dari kek coklat biasa. kalau xpercaya try la..:)





macam ni la kami, tiap-tiap hari tengok my resepi then masuk dapur. xde keje ke? xlah, banyak je kerja, tapi seronok try resepi baru nie..

lagipun kami ada cita-cita nak buka kedai pastry. so kena la rajin-rajin memasak.rajin mencoba pelbagai jenis resepi. ingat nak try buat kek karamel plak, tapi bahan macam xcukup je..huhu



p/s: 2 3 hari lagi us Sulaiman dan family akan pulang ke Malaysia. peluang untuk bertemu lagi amat sukar. saya mencari-cari waktu untuk ziarah mereka di amman. kalau ada kereta kan best, bole saya drive bila-bila masa je ke amman! ohh....


Saturday, June 25, 2011

setelah sekian lama


7bulan berlalu, saya kembali!

setelah 2tahun memegang satu taklifan yang amat payah, akhirnya saya kembali menjadi orang yang tiada apa-apa taklifan..heh! but, taklifan as hamba-NYA takkan pernah berhenti!

semester yang lepas, saya dan beberapa kawan rancang satu plan bila kami tamat pengajian. plannya -

1. kami nak buka kelas, sama-sama memberi dan menerima.
2. kami nak ambil exam toyyibatinnasyar yang xsetel2 lagi.
3. kami nak ambil ijazah ghoibi ngan syeikhah.
4. kami nak jadikan Qasr kami tempat perkongsian ilmu, gerak kerja dan sebagainya.
5. kami nak ke tanah syam menuntut ilmu ngan syeikh2 di sana.
6. bla bla bla bla....kami nak balik tanah air oktober 2011 (",)

banyak pula rancangan kami kan. tapi xsemua dapat kami laksanakan. pendek kata,erm....dalam 50% je kot kami dapat ikut plan tu. kebanyakannya dah berubah 280 darjah!


first, alhamdulillah kami dah buat 2x pertemuan untuk kelas. dah bermula dah. guna kitab "jami' fi fiqhu nisa'". dan kami dah susun 5 tempat untuk kelas ni,bergilir-gilir sekali seminggu..mohon doa sahabat-sahabat semua..

second, 2minggu lepas kami ada lagi liqo' dengan syeikhah. sepatutnya kena tasmi' juz 26,but lain pula yang jadi. kami dikhabarkan syeikhah kami masuk maahad,ambil qiraat. so dia xboleh ijazahkan walau seorang anak murid! menangis meraung hati ini!!!! menambah lagi sedih hati bila syeikhah kata exam tunda dari bulan 7 ke bulan 10 sebab xcukup 'adad! dah la bulan 10, 15hb tahriri, 29hb syafawi.. ya Allah...Tuhan saja yang tahu perasaan kami saat tu.bila nak balik Malaysia macam ni??!!

sabar duhai hati, merawat duka hati dengan yakin pada-Nya. pasti ada sesuatu Tuhan nak bagi. mungkin juga teguran buat diri ini yang sangat lalai dan leka..

sampai sekarang saya masih menunggu panggilan syeikhah. katanya dia akan cari syeikhah lain untuk ijazahkan saya. kawan-kawan saya semua dah ada syeikhah..oh,apakah nasibku....:'(

then, kami batalkan niat untuk ambil ghoibi dengan syeikhah memandangkan ada seorang doktor di jamiah dapat ijazahkan kami. but,just 2x seminggu dan kami xboleh guna kitab munir tapi kitab fathul majid. cari punya cari,habis maktabah di amman kami round(area balad je pun), xada kitab tu..hmmmm.ujian..

but, its ok asalkan kami dapat ambil ijazah ghoibi sebelum pulang ke Malaysia. doakan kami istiqomah. minggu depan bermulalah tasmi' kami dengan doktor Muhammad Musleh Zu'bi.

then, alhamdulillah setakat ni Qasr kami dah menjayakan beberapa liqo. harapnya dapat terus berbakti pada semua adik-beradik seperjuangan disini memandangkan Qasr kami punya solah yang agak luas, sesuai untuk liqo dan pertemuan..:)

then, tafaqquh kami sudah bertukar menjadi daurah! tafaqquh di syria yang diimpi tidak menjadi kenyataan lantaran bumi syam itu dilanda gelora. ibu bapa tidak yakin untuk memberi izin apatah lagi membenarkan kami menjadi penghuninya selama 5bulan lebih! kami tukar plan, dari syria kami menjengah-jengah mabna thaqofi. alhamdulillah fasal soifi pun ada daurah. cuma daurah aqidah yang dapat kami join, usul fiqh tak dapat dijalankan memandangkan jumlah student yang berdaftar terlalu sedikit..tak apalah, bukan rezeki kami.

kami juga dalam usaha bertalaqqi di amman, masih menunggu respon adik ipar saya. follow dia coz dia lelaki senang bertalaqqi ke mana-mana..heh!

last, nampaknya hajat hati nak balik bulan 10 terpaksa dibatalkan.paling awal kami dapat balik pun awal november 2011!! inshaAllah ini yang terbaik untuk kami.. siapa tahu ada rezeki kami dapat buat haji tahun ni.alang-alang dah dekat kan..hehe (walaupun sebenarnya xada mahram pun,berangan je lebih!! :p)


itu plan kami untuk bulan jun-november 2011(sepanjang ber-gua di bumi sahara'). bukan saja-saja, kami lebih kepada persediaan untuk pulang ke Malaysia. kuatkan diri, kemaskan al-Quran, mantapkan ilmu, dan segala macam lagi. cabaran di Malaysia terlalu menguji ketahanan kami. bermula dari diri sendiri yang xberapa kuat, family yang bermacam ragam, saudara mara yang berbagai gaya, orang kampung yang dahagakan pengajian, sehinggalah masyarakat yang sangat-sangat tak dapat nak ditafsirkan.

takut. memang kami takut.

apa-apa pun saya sangat mengharapkan doa orang disekeliling. restu umi walid. dalam kembara yang kami create sendiri ni, ingatkan mudah dan smooth je jalannya. rupanya sangat mengujikan! bukan mudah nak dapat apa yang terbaik, Tuhan pasti limpahkan ujian. meskipun dalam susah, Dia tetap tebarkan sayap harapan dan keyakinan pada kami. tunggu kami sahaja untuk meneruskan langkah kaki, usah terlalu lama berhenti. usah biarkan masa berlalu dengan sia-sia.


p/s : laptop saya baru dapat connet wireless setelah sebulan Qasr kami pasang wireless.sangat teruja untuk update blog.alhamdulillah!


Friday, November 12, 2010

ujian dan cabaran ~


kebelakangan ini saya sentiasa terkenangkan ruangan yang tidak aktif ini.. rindu bertamu di hati.
terasa ingin melakar segala apa yang terbendung dalam diri. Tuhan saja yang Maha Tahu..

episod hidup tidak henti-henti sehinggalah kematian menjemput kembali. saya cuba belajar untuk menerima semua yang berlaku pada diri ini dengan berlapang dada meskipun kadang-kadang saya tidak nafikan saya begitu emosi sehingga mengguris hati orang sekeliling..maafkan diri yang lemah ini.

Tuhan hamparkan pada saya ujian yang pelbagai yang membuatkan saya semakin terdedah pada hakikat kehidupan. bersyukur menerima apa yang telah berlaku, saya yakin akan hikmahnya..

daripada masalah persatuan,individu,kelompok tertentu hinggalah masalah peribadi datang bertimpa-timpa. kesan-kesan dosa jelas di depan mata, Allah..ampuni hamba ini..

tidak dapat tidak, saya perlu berhadapan dengan pelbagai risiko. kadang-kadang membuatkan kaki lemah longlai, fikiran bercelaru mencari sesuatu..

ya, saya temui dimana salahnya dan dimana kekuatannya..
salahnya kerana lalai dalam tanggungjawab sebagai hamba lantaran terlalu sibuk dengan amanah sebagai khalifah. tidak meletakkan yang hak pada tempatnya!
kekuatan sudah jelas nyata ada pada ibadah dan taqarrub pada-Nya..
Allah..Allah...
hamba lemah lagi hina...

bila hati dirundung resah, saya terhibur dengan bait-bait indah kalam-Nya.. teringat segala kata-kata nasihat dan peringatan sahabat-sahabat tercinta. Allah sayang kita..

saya percaya, saya tidak dibiarkan sendirian meskipun saya leka.. saya sentiasa diberikan peluang disisi-Nya.. dihantarkan wasilah teguran daripada sahabat-sahabat, dihamparkan kesulitan orang lain yang lebih teruk, dibukakan ruang hati untuk memahami ajaran-Nya.. malah, saya sentiasa dikuatkan kembali setiap kali diri sudah lemah. Allah sayang kita...

saya cuma berharap dapat mencurah bakti pada jalan ini, dapat merencanakan sesuatu untuk kemajuan ummat ini, dapat memahami situasi agar muslim sentiasa mendahului.. zaman sudah berubah, perjalanan makin sukar. harus menjadi fleksible menghadapi masyarakat kini.

saya berharap dapat mengubah diri seiring dengan situasi bahkan tetap teguh dengan prinsip-prinsip islami. tidak mengapa usaha kecil saya tidak disanjung tinggi, malah saya takut diangkat-angkat. cukuplah Allah menilainya dan mengiringi perjuangan saya dengan redho-Nya..itu yang didamba.

**kepada sahabat yang sudi berkunjung ke ruangan ini, maafkan saya. blog ini saya tidak menfokuskan pada isu semasa atau tazkirah dan peringatan. akan tetapi lebih kepada bingkisan hati. terasa lebih ringan beban dibahu apabila melakarkannya..sekadar perkongsian perasaan dihati. syukran.

Tuesday, June 15, 2010

renungan buat yang tersayang


Beberapa hari kebelakangan ini saya banyak termenung, berfikir.sehinggakan kadang-kadang tidak sedar apa yang sedar dilakukan, diluar kawalan.

entah apa yang dirunsingkan nasib diri, pasti Dia si Kekasih sejati mengaturkan segala yang terbaik buat diri.

hari ini hari ketiga semester musim panas.esok kelas akan bermula, tidak dapat tidak harus bersedia dengan kepadatan belajar dan hidup sebagai pelajar sepanjang fatrah 2bulan ini.

sahabat-sahabat melayu yang lain sudah selesa di bilik masing-masing, sudah siap mengemas dan sebagainya. tinggallah bilik saya yang seringkali tertangguh untuk dikemaskini.

dibelenggu kerana ihtimal akan masuk teman sebilik arab yang baru.sedang saya sedari awal ingin membayar katil ke-3 bilik 9 itu.malangnya, kepadatan soifi membuatkan saya terpaksa akur pada apa jua kemungkinan.

Allah ma'ie....

seketika berpeluang saya mengemas almari kitab yang padat dengan buku-buku pelajaran dan juga kertas-kertas serta fail-fail persatuan.

disebalik helaian yang begitu banyak, terselit sekeping kertas tazkirah Biro Kebajikan dan Perpaduan PRISMA sesi 96/97.sudah begitu lama masa berlalu.

isinya berbunyi begini.

"dalam lipatan memori, Minggu Tautan Kasih dan Muhibbah."



(ucapan Saidina Ali k.w.h)


1-Nilai seseorang itu ditentukan oleh perbuatan baiknya.

2-Orang yang manis tutur katanya....akan mendapat ramai teman

3-Janganlah memandang pada siapa yang berkata....tapi perhatikanlah pada apa yang dibicarakannya.

4-Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan pada dosa.

5-Nasihat di khalayak ramai itu adalah suatu celaan.

6-Janganlah kau bersahabat dengan orang yang kikir, kerana dia akan menghinamu dikala kau memerlukan bantuannya. Dan janganlah kau bersahabat dengan pedagang, nescaya kau akan dijualnya dengan harga yang paling rendah.

7-Murah senyum itu bukti kasih dan sabar itu kuburan aib.

8-Sekaya-kaya kekayaan itu adalah akal, sebesar-besar kemiskinan itu adalah bodoh, seburuk-buruk kelakuan itu adalah ujub, dan semulia-mulia kemuliaan itu adalah akhlak yang mulia.

9-Janganlah menjadi orang yang mengharapkan akhirat tanpa amalan, dan janganlah menunda-nunda taubat kerana angan-angan anda menyukai orang yang soleh, namun tidak mahu beramal dengan amalan orang yang soleh?!!!

10-Tidak akan diterima amal kecuali dengan taqwa.

11-Janganlah berbuat kebaikan kerana inginkan di puji manusia, dan janganlah meninggalkannya kerana malu dipandang manusia.

12-Sebesar-besar dosa itu adalah dosa yang dianggap ringan oleh si pelakunya.


termenung seketika.jiwa terusik.

Allah....Allah....

ampuni dosa-dosa kami ya Allah...dalam sedar atau tidak..jelas atau tersembunyi..

saya menyeru diri, membina azam dan semangat. seterusnya saya menyeru sahabat-sahabat, muhasabah sentiasa.

bersama-sama kita memperbaiki perilaku diri agar sentiasa dalam redhoNya.melontarkan buluh-buluh semangat perjuangan dalam setiap gerak kerja dan urusan.

meski sebagai seorang pelajar, guru, anak, pegawai, atau siapa jua kita.

semalam sebagai satu kenangan, atau mungkin pengajaran hidup, atau pasti juga satu lembaran baru kehidupan. yang pasti semalam harus kita ambil iktibar. semalam harus dimuhasabahkan. agar hari ini kita lalui dengan lebih baik.

Allaha ismarladik! ~




Saturday, June 12, 2010

warkah untuk diriku...


Assalamualaikum..

Buat tatapan diriku yang lemah lagi hina..

Hari ini 12jun2010.sudah beberapa tahun berlalu.semalam membantu kakak khirrijah mengemas barang,ku temui kembali buku yang disangka telah hilang lama dulu..hati gembira.

Lama menatap buku,lantas membuka helaian demi helaian.di helaian paling depan tertulis :

Assalamualaikum kepada diriku..

Dah hampir 3bulan berlalu..aku masih tidak jumpa kekuatan itu..

tapi,Alhamdulillah,aku cuba melawan perasaanku sedikit demi sedikit…

tapi kenangan itu itu sering menghantui mindaku,menyebabkan aku kadang-kadang tidak dapat mengawal diri..

aku hanyut jua…

sedih,

aku derita dan sengsara dengan semua ini..

ku mohon padaNya,tapi aku tetap tidak istiqomah..

mungkin kerana aku tidak kuat dan tidak yakin pada kemampuan diri..

aku tertanya-tanya pada diri dan pada alam,

ramaikah manusia sepertiku????

Aku sedih dengan kenyataan itu..

Diriku ternoda dengan dunia..

Jika ramai sepertiku,siapakah yang betul-betul kuat dan mantap imannya???

Ya Allah..

Sungguh hebat Kau uji kami..leka dengan duniaMu..

Terlalu sedikit yang menjaga keimanan,

Menjaga hati daripada terpaut pada dunia…

Aku ingin kembali…

Aku ingin kembali…

Lama termenung,aku kembali fokus pada kerja yang tertinggal.kembali membalut kotak kargo.

Fikiran melayang-layang.ku ambil kembali buku tadi.membaca lagi.

Di helaian belakang,tertulis :

Assalamualaikum kepada diriku yang hina…

Hari ini aku berdiri sebagai qo’id,

Lantas perubahan apakah yang telah aku lakukan untuk diriku yang hina dina ini??

Kemantapan iman dan ukhuwwah yang ku cari menjengah selang seli..

Tapi aku tetap tidak istiqomah.

Sampai tahap ini tak kanlah aku ingin terus dalam kegelapan dan kemurungan dengan dosa dan noda yang sering meninjau-ninjau hati dan pemikiran..

Ya Allah…

Bantulah hamba lemah ini…

Lemah jiwaku mengenang dosa lalu..

Terlalu kelam hati ini…

Istiqomahkan diriku dalam melakukan ibadah-ibadah dan kebaikan berterusan..

Kuatkan diriku dengan qiamullail..

Kuatkan hatiku dengan cinta dan redhoMu..

Amin ya Rabb..

Aku menarik nafas dalam-dalam..ingin menangis, tapi di kawal perasaan agar tidak terlihat oleh teman-teman di sisi..

Lantas hari ini aku terus berdiri.aku Berjaya memecahkan kenangan semalam.menghalang alirannya agar tidak terus turut serta dalam memori hidupku yang mendatang.

Ia sungguh pahit sekali.

Mengintai bahagia diri dalam perjuangan.

Ya,aku sudah mewakafkan diri pada jalan ini.lantas masih tegarkah aku merasa letih dan putus asa??hamba ini sangat lemah sekali..

Semalam ku rayu pada teman seperjuangan agar aku diberi sebarang dua ruang untuk melepaskan lelah,mengumpul semangat,memperbaiki langkah..setelah dipertimbangkan,temanku benarkan aku berehat seketika..ya,mencari diri.

Tapi…..

Seketika aku terfikir. Layakkah aku memohon kerehatan dalam perjuangan?hebat sangatkah khidmat yang ku persembahkan dalam perjuangan ini?

Tuhan,aku hamba hina dina….menangis merayu padaMu…tunjukkan aku jalan. Suluhkan lorong-lorong hidayahMu..

Seketika berlari,seketika melangkah longlai..sekejap melutut,sebentar lagi jatuh terduduk..

Tapi perjalananku masih jauh, masih belum nampak penghujungnya..terlalu jauh..

Aku bangun kembali…

Duri-duri terpaksa ku hadapi, menusuk dalam ke hati..aku redha

Hatiku dibolak-balikkan…tapi aku tetapkan ia dengan munajat padaMu..

Ranting-ranting serta kemuncup terpaksa ku redahi…kuatkan aku…

Kuatkan hatiku..cintaku untukMu..

Hatiku tidak tegar untuk dibuai rasa yang aku tidak pasti..

Lantas, bantu aku..keluar dari kemelut diri..

Bantu aku….



Sunday, May 16, 2010

secebis rasa~


Tuhan..
aku patuh
aku akur
inilah takdirku
dalam mengorak langkah perjalanan hidup


tiap detik demi perjuangan
tiap masa meraih redho
tiap saat fikiranku berputar
hanya demi cintaMu
hanya untuk setitis kasihMu
hanya untuk merasa damai belaian sayangMu


meski begitu
kekadang hatiku merintih lesu
jiwaku mengaduh gundah
fikiranku mengeluh penat
jasadku lemah terkulai
ditohmah hinanya diri
dicaci bagai tak terperi
difitnah apatah lagi...


aku mengaduh kepenatan
meminta untuk secebis kerehatan
kata teman
"mana mungkin ada kerehatan dalam berjuang"
aku tersentak
kembali pada hakikat diri
itu tanda kasihMu
tanda cintaMu
belaian sayangMu
padaku hamba hina


Tuhan...
ku pohon secebis kekuatan
menghadapi mehnah dan ujian perjuangan
melupakan peritnya pengalaman semalam
meninggalkan segala dosa yang ku lakukan
sungguh aku lemah
kadang terdampar hiba
hanya dengan rahmatMu
hanya dengan bantuanMu
aku harus terus berdiri
terus berlari
kentalkan hati
butakan mata
pekakkan telinga
menahan rasa
menahan pedih


aku harus kuat
demi perjuangan ini
demi kemaslahatan semua
demi redhaMu yang abadi....


~jiwaku yang menangis~




Saturday, April 3, 2010

indahnya berukhuwwah


Hari-hari minggu begini,kekadang bosan bilamana tiada program atau kerja-kerja yang menuntut untuk diselesaikan.tapi terlupa pula pada fatrah peperiksaan yang sedang dilalui..huhu.bab study je saya terus jadi malas,teruk betul..lebih rela sibukkan diri dengan mencari-cari kerja atau memasak untuk teman-teman.

Semalam kami mengadakan forum fiqhunnisa’.sangat seronok dan menarik kerana hanya kaum hawa sahaja yang terlibat.dan kami tidak lagi segan silu untuk bertanya dan berkongsi idea dan pendapat.segala permasalahan yang berkaitan dengan wanita dibangkitkan,namun masa begitu cemburu dengan kami.masa yang diperuntukkan tidak cukup juga untuk perbincangan seterusnya..tapi kami bersyukur dapat meneroka permasalahan diri sendiri.alhamdulillah..

Selesai program,kami menjamu selera dengan hidangan yang disediakan.walaupun tiada air di asrama,kami tetap dibantu oleh kaum adam untuk memasak.biasanya masakan lelaki lagi power dari wanita.tapi tidak semua ya…ooppss

‘terima kasih tau jemput saya jadi panel.seronok la program macam ni..nanti kalau perlukan pape pertolongan lagi,saya boleh je.insya Allah..’

‘terima kasih juga sudi berkongsi ilmu..alhamdulillah kalau sudah sudi begitu,akak amat mengalu-alukan kedatangan kalian semua..hehe’

Saya gembira bila adik-adik dan teman-teman mendapat manfaat yang banyak daripada program anjuran unit dakwah itu.walaupun tidak semua yang hadir,mungkin yang lain punya komitmen yang lebih utama..terlintas di hati untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang lebih banyak bersama kaum hawa sahaja,moga-moga tautan hati antara kami makin kuat dan hangat di jiwa.


Kalau dulu saya berjaya menghasilkan diari persatuan atas tujua

n untuk menyatukan hati-hati kami.saya dan beberapa teman bertungkus-lumus menjayakan juga diari itu walaupun lewat sehari pengedarannya pada semua teman-teman,pantang ada masa terluang kami segera mencurahkan idea.impian dan harapan yang besar saya letakkan pada penghasilan diari itu.bermula dengan menyelitkan maklumat utama persatuan,kata-kata penguat juga doa rabitah hati..dan yang paling utama yang lebih saya fokuskan adalah tarikh lahir semua ahli..

Diantara kami ada yang sangat mengenali satu sama lain,ada juga diantara kami yang hanya mengtahui nama dan tempat tinggal sahaja.bahkan ada juga yang tidak mengenali satu sama lain hatta walau kelompok kami tidaklah ramai di sini.kalau dulu dalam lingkungan 150orang sahaja.sekarang sudah berubah kepada angka 200lebih.alhamdulillah..

Pada saya kenapa perlu difokuskan pada tarikh lahir kerana utamanya disitu untuk mengeratkan hubungan antara kami.mana mungkin kita bersahabat tetapi tidak mengambil tahu tarikh keramat sahabat..disitulah antara penghargaan utama dalam bersahabat.walaupun kita mungkin tidak terlalu rapat dengannya,paling kurang kita turut sama mengucapkan selamat pada tarikh keramat itu.itulah salah satu cara untuk merapatkan hati-hati ini..

Saya tidak nafikan saya juga careless dalam perkara ini.kerana terlalu sibuk,saya terlupa pada tarikh lahir teman di sisi.segera memohon maaf bila sudah teringat.apatah lagi teman lama,yang kadang-kadang dapat dihubungi,dan kadang-kadang lost contact terus.tapi sebahagian daripada mereka saya masih ingat tarikh lahirnya..alhamdulillah


Itu diari sesi sebelum ini,sesi ini impian saya tidak kesampaian.sedih juga bila memikirkan,tapi saya yakin ada hikmah tersembunyi disebaliknya..insyaAllah.kalau diberi kesempatan,saya ingin laksanakan juga impian ini sebelum kaki melangkah pulang ke tanah air.mungkin juga Tuhan berikan saya peluang untuk membuat persiapan yang lebih tersusun lagi..amin


UKHUWWAH, UKHUWWAH, UKHUWWAH


Pelbagai pendapat tentang ukhuwwah ini..ada yang menyatakan ukhuwwah akan terjalin bila kita ikhlas dalam bersahabat.ada juga yang menyatakan ukhuwwah akan lebih akrab bila kita sentiasa husnudzon dengan sahabat.ada juga yang berkata,teman yang baik adalah orang yang terima kita apa adanya..

Dan saya pula berpendapat,ukhuwwah akan jadi berkat dan dilimpahi rahmat bila kita terima sahabat seadanya dia,menegur bila tersalah,membantu bila susah,gembira bila senang hati,ceria dan duka bersama..saling ingat mengingatkan dan sering mengajak kearah kebaikan.usah meletakkan rasa hati atau terasa itu di depan,kelak hubungan akan jadi renggang.mana ada orang yang sempurna yang tidak akan melakukan kesilapan dan terhindar dari kelemahan dan kekurangan..


Abi saya pernah berpesan pada kami teman sekelas ketika masih menuntut di malaysia dahulu;

“amalkan sifat meminta maaf biarpun kita tidak salah..kerana bila kita dah biasakan kita dengan meminta maaf,orang yang buat salah dengan kita pun mudah untuk meminta maaf.kesannya,hubungan bertambah erat..insyaAllah”

Saya percaya dan yakin dengan kata-kata itu.walaupun dipandang remeh sesetengah orang,tapi ada hikmah yang besar disebaliknya..


Imam Ghazali juga telah menggariskan beberapa perkara dalam persaudaraan Islam di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, antaranya;

1- Saling tolong menolong samada dalam keadaan senang ataupun susah.

Sebagaimana Hadis Nabi saw yang bermaksud:

“Perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain”

2- Menolong saudara kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta.

3- Diam atau tidak memperkata atau menyebarkan keaibannya samada semasa dia ada atau tidak dan tidak mencari-cari kesalahannya.


4- Menebarkan kebaikannya dan memanggilnya dengan nama yang baik.

Saidina Umar pernah berkata:

“tiga perkara, apabila kamu lakukan, maka akan terjalinlah kasih sayang;

iaitu yang pertama, apabila bertemu mulakan salam,

yang kedua; lapangkan tempat duduknya di dalam majlis,

dan yang ketiga panggillah dengan panggilan yang baik.

5- Nasihatilah dia dengan cara yang lembut sekiranya dia terlalai atau melakukan dosa.

6- Mendoakannya semasa hidup atau selepas kematiannya.


7- Menghormati semua rakan-rakan dan kaum kerabatnya.

8- Tidak memberati sahabat kita dengan apa-apa yang boleh menyusahkannya.

Sungguh rumit dalam menilai erti bersahabat.yang pasti,siapa yang bersahabat akan merasa manis dan indahnya ukhuwwah itu..pahitnya segera hilang bila hati sudah tenang.manusia pada fitrahnya ada rasa marah,Cuma kitalah yang perlu mengawal dan menghilangkannya dengan segera..usah marah lama-lama,kelak kita sendiri yang rugi.

Bila berjauhan daripada keluarga ini,teman-teman di sisilah keluarga kami.merekalah tempat bermanja bergurau senda,mereka jugalah tempat mengadu domba,meluahkan rasa bila menghadapi masalah..berkongsi rahsia dan cerita..teman yang baik pasti mengingatkan kami dengan kalam Tuhan.tidak memburukkan lagi keadaan dengan tokok tambah yang merosakkan suasana..

Terima kasih Tuhan atas nikmat bersahabat kurniaan-MU ini..

KHULASOH


Teman-teman, saya mohon maaf dengan kalian. Diri ini amat lemah dalam menghargai tautan ukhuwwah yang dihulurkan, juga amat hina dan teruk untuk menjadi sahabat yang terbaik untuk kalian letakkan dalam bingkai hati..maaf teman atas kalamku yang sering menyakitkan, atas gurauan yang sering buat kalian terasa..atas amarah yang bertandang tanpa diundang, maaf teman….

Ya Allah..

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,

bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,

bersatu memikul beban dakwah-Mu,

hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,

maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya…

kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya.

Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.

Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu.

Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu…

jika Engkau mentaqdirkan mati,

maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

Ya Allah perkenankanlah permintaan ini..