CINTA kepada HIDUP, memberikan senyuman abadi..
walau hidup kadang TAK ADIL, tapi cinta LENGKAPI kita..

Friday, October 14, 2011

sebulan di Malaysia

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah, sudah hampir sebulan saya pulang ke Malaysia. Terasa baru semalam kami bertiga bermusafir selama sehari semalaman menaiki pesawat ETIHAD airways.

Banyak peristiwa yang berlaku sebelum,semasa, dan selepas kami selamat sampai.. mungkin berat hati ini ingin meninggalkan bumi sahara yang menyebabkan pelbagai masalah timbul. Melihat sejauh mana hati cekal menghadapinya.

Paling terkesan dalam diri apabila handcarry saya ditahan di gate flight, yang sehingga sekarang saya tidak menemuinya. Nama pun handcarry, confirm di dalamnya semua barang berharga dan penting-penting. Nak menerima takdir memang susah kan? Saya belajar redha...

Mungkin laptop tu bukan milik saya lagi. Begitu juga HP dan pelbagai lagi barang lain yang penting. Terasa sakit untuk menerima. Kehilangan laptop menyebabkan saya tergendala seketika. Saya percaya ada hikmah disebaiknya.

2minggu lepas saya putuskan untuk membeli notebook ASUS. Keputusan dibuat setelah berfikir banyak kali. Kebetulan duit dollar saya masih berbaki 322USD. Banyak kerja dan urusan nak kena buat ni.... siapa selesa bergantung dengan laptop orang? Kan mudah miliki sendiri.

sebulan berlalu, projek bakal bermula. Xboleh rehat lama-lama. Cukuplah melayan hati yang rindukan tanah sahara itu. Cukuplah berehat relax-relax kat rumah xbuat apa-apa. Cukuplah setakat ini hidup bagaikan di dalam gua...fuuhhh!

Semua orang asyik tanyakan soalan yang sama –

“apa perancangan balik ni?”

“bila nak kahwin?”


Ooopsss! Saya xsure la macam mana. Target saya hantar resume kat us Anwar untuk apply MA tahun depan. Sementara tu tolong-tolong umiey kat rumah. Tolong jaga
toknyang yang sudah tidak mampu uruskan diri. Baru-baru ni kawan tanya xnak isi borang JQAF dan MARA ke? JQAF xminat, saya try isi borang MARA. Dalam masa yang sama hantar resume ke Yayasan Terengganu bahagian IMTIAZ, siapa tahu ada rezeki saya di IMTIAZ Kuala Terengganu setelah 4tahun saya tinggalkan sekolah tu. Sambil-sambil tu tolong bunda di Baitul Imran. Seronok juga layan kerenah budak-budak. Walaupun nakal, tetapi hati mereka bersih. Mudah dilentur.


Terima kasih juga pada kawan saya ummi sa’adah. Bawa saya jumpa kawan-kawan lama di MTT, melawat sekolah lama saya, jumpa guru-guru yang banyak berjasa. Kagum dengan guru-guru yang terus kekal berbakti. Bukan wang ringgit yang ditagih, tapi khidmat mendidik anak bangsa menjadi mu’min sejati itulah yang dicari.

Bila fikir kerja, saya terfikir tentang kereta. Ya, kereta. Xada kereta macam mana nak pergi kerja?

Xboleh kacau kereta umiey,hampir tiap2 hari umiey ada kuliah di masjid. Sahabat-sahabat, doakan saya dimurahkan rezeki ya..kot-kot saya boleh angkut sebiji kereta SAGA ke..:)

Kereta sangat penting bagi saya. Kalau xada kereta, terganggu sikit ‘kegiatan’ saya. Ada kereta boleh ‘berkhidmat’ lebih sikit kan..


p/s : mulai hari ni, saya kena kongsi dengan k.tie bayar broadband bulan-bulan. Xapalah,janji boleh terus contact kawan-kawan nun jauh di sana. Mustaqah jiddan!
semalam berbual-bua dengan ummi.

" ummi dah bagitau k.na ke anak ummi dah balik dari Jordan?"

"xpayahlah bagitau, nanti nurul busy memanjang xada kat rumah"

hhmmmm..bunyinya lain macam je. nampaknya saya kena ada strategi sendiri untuk teruskan perjuangan ini.

2 comments: